Life as we know it

Welcome to Fakh's Own!

Blog ini bukan milik AWAK, DIA atau MEREKA. Blog ini milik SAYA.

Kalau minat, follow blog ini. Kalau suka entri saya, tinggalkan comment anda. Tinggalkan link anda supaya saya boleh jejak dan follow anda. ;)

TAPI kalau tak suka, jangan baca blog ini. Kalau benci tekan icon pangkah kat window korang tu. Buat apa bukak blog ini kalau tak suka?

So, to readers thanks for viewing my blog. I LOVE YOU GUYS!

-fakhriah anuar-



Followers!

Tuesday, August 19, 2014

AS202 Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Kimia | UiTM

Assalamualaikum..

Entri kali ni khas buat semua pelajar kat luar sana yang nak tahu pasal kursus Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Kimia atau Bachelor of Science (Honour) Chemistry yang ditawarkan oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Disebabkan sekarang ni musim budak-budak lepasan diploma/matrik/STPM baru lepas dapat keputusan UPU aku pun ambil keputusan untuk tulis pasal kursus ni which is kursus yang aku tengah ambil sekarang.

Bismillahirahmanirrahim, let me start this.

INFO KURSUS
Nama kursus: Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Kimia  (Bachelor of Science (Honours) Chemistry)
Kod Kursus: AS202
Fakulti: Sains Gunaan  (Applied Science)
Tempoh Pengajian: 3 tahun
Kampus: UiTM Shah Alam, UiTM Pahang, UiTM Perlis, UiTM Negeri Sembilan dan UiTM Sarawak
"Program sepenuh masa tiga (3) tahun ini dijalankan di UiTM Shah Alam, UiTM Pahang, UiTM Perlis, UiTM Negeri Sembilan dan UiTM Sarawak. Ia menyediakan mahasiswa dengan prisip-prinsip asas dalam bidang analisis, kimia tak organik, organik dan fizikal. Kursus minor yang ditawarkan dalam bidang pengurusan perniagaan seperti pemasaran, pengurusan dan kewangan akan melengkapkan mahasiswa dengan kebolehan pengurusan kewangan dan syarikat. Mahasiswa juga akan diajar kemahiran yang diperlukan untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran teknologi yang sentiasa berubah selepas tamat pengajian. Graduan juga boleh melanjutkan pengajian mereka pada peringkat Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah untuk menjadi kumpulan profesional dalam bidang tersebut bagi memenuhi keperluan tenaga kerja semasa." (Brochure FSG UiTM)

Macam yang diterangkan kat atas, kursus minor yang ditawarkan adalah kursus business. Jadi dalam setiap semester ada subjek business yang pelajar perlu diambil. Contohnya; ekonomi, marketing, management, finance dan entrepreneurship. Bagi pelajar diploma yang pernah ambil subjek tersebut, anda boleh membuat pengecualian kredit, mengikut syarat yang ditetapkan.

PROSPEK KERJAYA

Graduan bagi program ini mempunyai skop kerjaya yang luas di dalam bidang kimia dan yang berkaitan dengannya, di antaranya: Pegawai Penyelidik, Ahli Kimia, Pensyarah, Guru Kimia, Pegawai Sains, Pegawai Kawalan Mutu, Pegawai Bank, Pengurus Syarikat/Projek, Ahli Korporat, Usahawan, Perunding. Lepasan ijazah ini boleh memilih kerjaya dalam bidang kimia mahupun perniagaan ataupun pengurusan disebabkan oleh pelan pembelajarannya yang menawarkan pengurusan peniagaan sebagai minor kursus.

PELAN PEMBELAJARAN

Berikut adalah pelan pembelajaran (study plan) bagi kursus AS202, bermula dari semester satu (1) ke semester enam (6). Bagi pelajar lepasan diploma UiTM, diberi pengecualian kredit bagi beberapa subjek yang telah diambil semasa diploma contohnya; kesatria negara I, II dan II.

SEMESTER
COURSE
COURSE DESCRIPTION
CREDIT HOUR
1
CHM 420
General Chemistry
4
CTU 551
Islam And Asian Civilization
2
ECO 415
Economics
3
ELC 400
Preparatory College English
2
HBU 111
National Kesatria I
1
MAT 421
Calculus I
3
PHY 400
Physics For Non Majors
4
2
CHM 421
Analytical Chemistry
4
CHM 456
Organic Chemistry I
4
CHM 471
Physical Chemistry I
3
CHM 474
Inorganic Chemistry I
3
CSC 425
Introduction To Computer Programming
3
HBU 121
National Kesatria II
1
MKT 410
Introduction To Marketing
3
3
CHM 510
Analytical Separation Methods
4
CHM 520
Physical Chemistry II
4
CHM 556
Organic Chemistry II
4
CTU 555
Malaysian History
2
ELC 500
English For Academic Reading
2
HBU 131
National Kesatria III
1
MGT 400
Introduction To Management
3
TAC 401
Third Language I
2
4
CHM 572
Polymer Chemistry
3
CHM 574
Inorganic Chemistry II
3
CHM 580
Spectrochemical Methods Of Analysis
4
ELC 550
English For Academic Writing
2
EVT 471
Occupational Safety And Health
3
FIN 401
Introduction To Financial Management
3
TAC 451
Third Language II
2
5
CHM 576
Environmental Chemistry
3
CHM 622
Organic Spectroscopy
2
CHM 624
Advance Organic Chemistry
3
EVT 472
Environmental Management System
3
FSG 604
Industrial Training
4
FSG 611
Research Project I
2
TAC 501
Third Language III
2
6
CHM 674
Advance Electrochemistry
3
CHM 676
Organometallic Chemistry
2
CHM 678
Materials Chemistry
2
ENT 600
Technology Entrepreneurship
3
FSG 661
Research Project II
4
HRM 533
Introduction To Human Resource Management
3
MGT 657
Strategic Management
4

PENGECUALIAN KREDIT

Bagi pelajar lepasan diploma sains UiTM (AS120), mereka boleh membuat pengecualian kredit berdasarkan syarat yang ditetapkan. Berdasarkan pengalaman aku yang merupakan lepasan Diploma Sains UiTM, aku berjaya mendapatkan pengecualian kredit bagi kesemua subjek yang boleh dikecualikan dalam study plan degree ni. Selepas mendapat pengecualian kredit pelajar boleh terus melompat ke semester dua atau tiga. Tapi kebiasaannya pelajar akan terus ke semester dua which is tempoh pengajian bagi degree ni hanya dua tahun setengah (5 semester). 

Subjek yang boleh dikecualikan bagi lepasan Diploma Sains adalah: CHM 420, CTU 551, ELC 400, HBU 111, MAT 421, PHY 400, CHM 421, CHM 456, CHM 471, CHM 474, HBU 121 dan HBU 131. InsyaAllah aku akan cerita tentang syarat untuk pengecualian kredit bagi pelan pembelajaran AS202 ni dalam entri lain.


So, aku rasa ini je dulu entri tentang kursus yang aku ambil sekarang ni. If there is apa-apa pertanyaan tentang kursus ni mahupun kampus UiTM Kuala Pilah korang boleh contact aku. All my contacts are in my bio on above tabs. Thank you for reading this. Selamat maju jaya buat pelajar yang bakal menyambung pelajaran nanti. Any feedback you can leave on the comment below. Assalamualaikum..


p/s: Welcome juniors


19 comments:

alyanadhira said...

Salam.. so akk mksudnya lpasan selain diploma UiTM mcm asasi/matrik/stpm kenalaa belajar semua tu kan? Tkda skip2 kan? :)

Syaza Fakhriah said...

Yup. Pelajar lepasan matrik/asasi/stpm sume kena start dari sem satu dan ikut study plan yg ditetapkan.

Anonymous said...

Salam..Nak tya pasal third languange..Bahasa apa je yg ditawarkan?

Syaza Fakhriah said...

Third language yg ditawarkan adlh mandarin, b.arab, france, japanese n korean.. Tpi kt uitmns hnya ditawarkn bhsa mandarin n arab.

Anonymous said...

Thank you so much for the information akak. ♡ till we meet in this september soon. In shaaAllah

MOHD YUSUF said...


salam..nak tanye la...kalo saya daripada matrik teknikal...bagus ke amik bidang nie...

Anonymous said...

Thank you so much senior... 😃😄:-)

Anonymous said...

assalam sis...kos ni takda praktikal ker? mcm kos lain2..sem akhir dorang praktikal..kos ni tkda ker?

Syaza Fakhriah said...

Kos ni ada praktikal masa sem 5, tapi praktikal masa cuti sem.. tempoh praktikal dalam 1 1/2 bulan ke 2 bulan..

AnnYa said...

study plan dah berbeza utk stdnt AS202 compared to my batch..

Anonymous said...

Salam , kalau dari diploma kejuruteraan kimia nak masuk diploma sains kimia ni boleh tak ? ada pengecualian kredit tak ?

Nurul Affiqah said...

Akak, ape pointer untuk masuk kos ni bagi lepasan matrik?

Anonymous said...

hai.akak study uitm arau kan? ad x membe dari uitm arau course marketing?

Anonymous said...

tima ksih atas prkongsiannya .. :)

IzzahBahaman said...

CGPA untuk ambil course ni sambung degree at least berapa eh ?

Anonymous said...

Akak. Mind to share your number to me? Saya nak tanya akak psl kos ni since saya dpt offer bljr kos ni kt uitm.

SHAHIDAH YUSOF said...

assalamualaikum kak... boleh tak saya nak tahu yuran keseluruhan utk course ni???

SHAHIDAH YUSOF said...

assalamualaikum kak... boleh tak saya nak tahu yuran keseluruhan utk course ni???

Suhaila Roslan said...

Salam akak, nak tanya, saya dapat dekat UiTM kampus Samarahan 2. Saya nak tanya, UiTM ada provide tiket flight ke sana ke atau saya sendiri kena beli ? Macam mana he ? Please rep ASAP

Copyright by Fakhriah Anuar ♥