Life as we know it

Welcome to Fakh's Own!

Blog ini bukan milik AWAK, DIA atau MEREKA. Blog ini milik SAYA.

Kalau minat, follow blog ini. Kalau suka entri saya, tinggalkan comment anda. Tinggalkan link anda supaya saya boleh jejak dan follow anda. ;)

TAPI kalau tak suka, jangan baca blog ini. Kalau benci tekan icon pangkah kat window korang tu. Buat apa bukak blog ini kalau tak suka?

So, to readers thanks for viewing my blog. I LOVE YOU GUYS!

-fakhriah anuar-



Followers!

Tuesday, January 21, 2014

Degree Life: Semester One

Assalamualaikum..

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk terus menaip di blog serba kurang ni. Syukur walaupun serba kurang blog ni, namun aku masih ada tempat untuk aku terus menulis dan berceloteh. Jadi berjumpa kita dalam entri kali ni. Entri kali ni aku akan berceloteh tentang semester pertama sebagai pelajar ijazah dan mungkin entri ni akan menjadi entri yang agak panjang untuk korang baca. So, keep calm and let's the story begin.

Seperti entri yang lepas, aku dah cerita yang aku masih lagi seorang mahasiswi UiTM dan aku masih lagi di bawah Fakulti Sains Gunaan. First, biar aku cerita pasal Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kimia, AS202. Kat UiTM Negeri Sembilan, program ni baru lagi. Maksudnya aku berada dalam intake pertama untuk program ni. Total pelajar dalam cohort pertama ni cuma 28 orang pada mulanya. Tapi lepas ada beberapa students yang dapat tawaran ke tempat lain dan ada yang dapat bertukar program so kami cuma tinggal 24 orang je. Dalam 24 orang tu semuanya pelajar lepasan diploma dan majoriti dari kampus Kuala Pilah. Then, dari 24 orang tu 17 orang dari Diploma Sains dan kami dapat terus ke semester tiga selepas pengecualian kredit. Alhadulillah, banyak subjek yang dapat pengecualian kredit jadi tempoh pengajian dapat dipendekkan. Okay, itu kelebihan kalau dapat sambung belajar dibawah fakulti yang sama. Tempoh pengajian yang sepatutnya tiga tahun dapat dipendekkan jadi dua tahun. Tapi disebabkan kami ni cohort pertama kat UiTMNS ni jadi tak banyak kelas yang dibuka untuk kami terus ke semester tiga. Jadi tempoh pengajian aku jadi dua tahun setengah. Dari banyak-banyak subjek semester tiga, hanya tiga subjek yang dapat diambil bagi semester ni. So, subjek yang aku ambil untuk semeter ni adalah:

ECO415 : Economics (Sem 1)
CSC425 : Introdution to programming with C++ (Sem 2)
MKT410 : Introduction to Marketing (Sem 3)
CHM510 : Introduction to Analytical Separations (Sem 3)
CHM520 : Physical Chemistry II (Sem 3)

Allahu, bila dah belajar ni baru tahu susah betul belajar untuk degree. Betul orang cakap, degree ni tak sama macam diploma. Walapun program yang kita ambil tu masih bidang yang sama dengan diploma tapi tahap pembelajaran dan soalan dia susah. Banyak betul cabaran belajar ni. Semua tu buat aku sedar yang aku dah tak boleh main-main lagi.

Okay, sekarang nak cerita pasal classmates pulak. Disebabkan total student untuk program AS202 kat UiTMNS cuma 24 orang jadi semuanya kenal sesama sendiri. So, untuk subjek non-major macam Eco, Mkt dan Csc kami 24 orang akan berkumpul sama-sama. Tapi untuk subjek major cuma kami 17 je dalam kelas. Alhamdulillah, kami 17 orang jadi rapat dari masa ke semasa sampai dah terasa macam adik beradik je. Dalam kami 17 orang ni majoritinya perempuan dan hanya 3 orang je lelaki dalam kelas kami ni, Badrul Hakim, Imran Hakimi, Faheem. Walaupun cuma tiga orang je lelaki tapi mereka lah yang buat kelas kami riuh. So here, meet my beloved classmates where we called ourselves AlChemist.



All of us with our lecturers and lab assistants during our lab session in UiTM Shah Alam

The heroes in our class

The girls

Us with the Economy lecturer and some other AS202's

Bila belajar siapa je yang tak dilanda dugaan. Dugaan tu la yang buat kita jadi kuat, kan? Sepanjang semester ni banyak sangat dugaan buat kami. Mula dengan masalah pendaftaran, validasi, masalah makmal sampailah masalah belajar. Masalah paling berat yang aku rasa adalah masalah makmal dan masalah belajar. Makmal, disebabkan kampus UiTMNS ni kira masih baru tapi makmal kimia masih lagi kurang instrument untuk analisis jadi kami terpaksa ke UiTM Shah Alam selama empat minggu berturut untuk buat lab practical. Empat minggu berturut tu jatuh pada minggu-minggu terakhir kuliah. Masa tu dengan assignment dan test quiz yang berlambak tambah lagi dengan lab pada hujung minggu, aku terasa macam tak cukup 24 jam dan 7 hari dalam seminggu. Allah je tau macam mana penatnya kami dan betapa stressnya kami masa tu. Masalah belajar pulak macam biasalah. Semua orang akan rasa masalah tu. Tapi bagi kami masalah tu besar sangat sebab masalah tu datang pada subjek utama kami, Analytical Separations. Tapi Alhamdulillah, sebelum exam haritu masalah kami dapat diselesaikan dan InsyaAllah semoga kami lulus subjek tu.

Fuhhh, dah panjang aku membebel. Rasanya cukup kot untuk entri kali ni. Kalau ada lagi InsyaAllah akan aku tulis dalam entri lain. Sekarang exam dah habis dan semua paper dah dijawab jadi bermulah cuti semester yang pertama bagi degree ni. Semoga result nanti baik-baik saja untuk kami semua. Semoga semuanya dekan, InsyaAllah.. Okay, kita jumpa lagi dalam entri seterusnya. Assalamualaikum.




p/s: AlChemist rules the campus!




Copyright by Fakhriah Anuar ♥