Life as we know it

Welcome to Fakh's Own!

Blog ini bukan milik AWAK, DIA atau MEREKA. Blog ini milik SAYA.

Kalau minat, follow blog ini. Kalau suka entri saya, tinggalkan comment anda. Tinggalkan link anda supaya saya boleh jejak dan follow anda. ;)

TAPI kalau tak suka, jangan baca blog ini. Kalau benci tekan icon pangkah kat window korang tu. Buat apa bukak blog ini kalau tak suka?

So, to readers thanks for viewing my blog. I LOVE YOU GUYS!

-fakhriah anuar-



Followers!

Monday, November 25, 2013

Diploma holder ♥

Assalamualaikum..

Berjumpa lagi kita dalam entri kali ini. Alhamdulillah, berkesempatan aku untuk tulis entri tentang hal ini. Sejak kembali belajar ni semakin sibuk dibuatnya. Kadang-kadang masa untuk diri sendiri pun tak ada, apa lagi masa untuk kawan-kawan di laman sosial. Sekarang ni sibuk sangat dengan kelas, assignment, test, quiz dan juga replacement class. Baru semester pertama dah macam tahun akhir sibuknya. Lain sangat dari masa belajar diploma. Baru aku nampak, belajar untuk Ijazah tu susah. Ini baru semester pertama, aku ada lagi 5 semester untuk diharungi. *Yakin Boleh!

Eh. Eh. Itu bukan cerita untuk entri kali ni. Maaflah lama dah tak update blog jadi macam-macm pulak nak cerita. Okay, fokus pada topik utama. Seperti yang korang semua tahu, aku dah berjaya menamatkan pengajian Diploma selama tiga tahun di UiTM Negeri Sembilan. Dan seperti entri lepas dan lepas aku ada cakap pasal hari konvokesyen kan? Jadi entri kali ni aku nak cerita pasal hari yang ditunggu-tunggu, Istiadat Konvokesyen UiTM ke-79.

Alhamdulillah, hari itu berjalan lancar. Bermula dengan hari pengambilan jubah pada 15 November 2013, aku ke UiTM Shah Alam dengan rakan-rakan ijazah aku (dimana majoriti mereka dari Diploma Sains UiTMNS). Hari Jumaat tu rasa excited sangat masa dalam perjalanan ke Shah Alam. Excited nak jumpa kawan-kawan diploma dulu. Sampai je kat Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC), Ya Allah seronok sangat! Rasa DATC tu macam UiTMNS je masa tu. Bersepah budak-budak Pilah kat sana. Jalan sikit dah jumpa kawan tu, kawan ni. Bersalaman dan berpelukan sakan. Excited sangat! Lama dah kan tak jumpa mereka jadi bila dah jumpa tu memang gembira tak terhingga. Lepas beratur dalam barisan yang sangat panjang untuk ambil jubah, akhirnya dapatlah jubah bersaiz S. Lepas ambil jubah tu apa lagi! Bergambarlah kita. Then upload kat instagram. Kemain excited tau student Diploma Sains ni, siap ada Pre-Convocation punya gambar. Haha

Kemudian, tibalah hari istiadat konvokesyen bagi pelajar Fakulti Sains Gunaan;

Istiadat Konvokesyen UiTM ke-79
Tarikh: 19 November 2013
Sidang: 16
Masa: 7.30 pagi
Tempat: Dewan Agong Tuanku Canselor



OOTD:
Mom's baju kurung from 25 years back *as previous entry [click here]
Satin bawal bought at Jalan TAR







The entire day was fun walaupun tak sempat nak jumpa semua kawan-kawan dan bergambar sama-sama. Mana yang ada dalam gambar tu je lah yang sempat jumpa dan bergambar.


Alhamdulillah, usaha selama tiga tahun untuk menggenggam segulung diploma akhirnya tamat.
Terima kasih kepada kedua mama papa tercinta, ahli keluarga yang lain dan rakan-rakan untuk semua doa dan sokongan anda. Terima kasih kepada anda-anda yang membantu sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Tahniah kepada rakan-rakan seperjuangan dari #Cohort3AS120 dan #BatchKhemahBesar UiTMNS, teruskan berusaha dan semoga berjaya dalam apa jua jalan yang anda semua pilih. Finally, we are a Diploma holder!

In addition, Tahniah jugak to my Sayangs for your convocation.

Farhana Adila Hasbollah, Diploma in Science.
Aqilah Husin, Diploma in Accountancy.
Mohd Naim Nasir, Diploma in Public Admin.
Mohd Azrul Azim Ramli, Diploma in Mechanical Engineering.



Tahniah jugak buat Sayangs yang berada di Makassar atas kejayaan mendapat Anugerah Naib Canselor bagi Diploma in Microbiology. Jangan sedih walaupun kau tak dapat balik and attend convocation, nanti kau balik Malaysia aku belanja makan okay. Tahniah bakal Doktor!!




Terima kasih mama papa untuk segala sokongan, dorongan, bantuan, nasihat sepanjang 21 tahun ini. Ini hadiah untuk mama papa. Maafkan akak, hanya satu bintang pada hujung nama yang hanya mampu akak berikan untuk diploma ni. Akak akan cuba berusaha untuk dapatkan tiga bintang pada hujung nama untuk Ijazah kali ni. I will make both of you proud when the MC announcing my name with the first class honor for next convocation. InsyaAllah..

Bismillahirahmanirrahim. I'm Syaza Fakhriah binti Hairul Anuar, officially a Diploma in Science holder.












p/s: Tak sabar nak convo Degree pulak. ;)



Copyright by Fakhriah Anuar ♥