Life as we know it

Welcome to Fakh's Own!

Blog ini bukan milik AWAK, DIA atau MEREKA. Blog ini milik SAYA.

Kalau minat, follow blog ini. Kalau suka entri saya, tinggalkan comment anda. Tinggalkan link anda supaya saya boleh jejak dan follow anda. ;)

TAPI kalau tak suka, jangan baca blog ini. Kalau benci tekan icon pangkah kat window korang tu. Buat apa bukak blog ini kalau tak suka?

So, to readers thanks for viewing my blog. I LOVE YOU GUYS!

-fakhriah anuar-



Followers!

Saturday, October 05, 2013

My convocation outfit

Assalamualaikum..

Sihat semua? Harap semua sihat kehendaknya. Bukan apa, sejak kebelakangan ni aku dengar ramai sangat yang sakit. Last week, my cousin was admitted in hospital sebab demam denggi dan this week pulak my very best friend was infected by chicken pox. Jadi, harap korang semua jaga kesihatan dan banyakkan minum air supaya kita dapat elakkan diri kita jatuh sakit. By the way, bukan pasal tu yang aku nak ceritakan dalam entri kali ni. Macam dalam tajuk entri ni, "my convocation outfit". Wahhh, macam grand je kan baca tajuk tu. Mesti korang fikir baju convo aku grand sampai sibuk nak buat entri pasal baju tu. Wahahahaha. Tak adalah grand sangat wehh. Baju kurung biasa je. Cuma baju ni sangat special bagi aku sampai aku rasa nak share cerita pasal baju ni dengan orang. Okay, sebelum aku cerita lebih lanjut pasal baju ni meh sini aku tunjuk sikit baju tu.



Well, macam aku cakap la kan. Baju kurung biasa je dan tak cantik dan grand mana pun. Wiwiwiwi. Okay, for the beginning of the story this outfit was my mom's. Baju ni my mom pakai untuk majlis konvokesyen diploma dia. Jadi, baju ni adalah warisan dari my mom. Baju ni usianya lebih kurang dalam 25 tahun. Jadi korang fikirlah kan, baju ni masa zaman tu mesti nampak grand kan. Masa dulu UiTM (zaman tu masih lagi dikenali sebagai ITM) belum lagi ada jubah konvokesyen untuk pelajar so, my mom pun buat la baju grand gitew untuk majlis tu. My mom was a graduate from ITM in Diploma in Secretary. Dari penglihatan korang, mesti korang ingat baju ni kain songket. Maaf, korang salah. Kain baju ni asalnya adalah kain saree. Iya, kain saree India!! Kain baju ni agak jarang tapi nasib baik baju ni dibuat dengan lining kat dalam, jadi tak perlu la nak pakai inner + kain dalam.

For your information, baju ni jugak my mom pakai during her engagement day. Cukup cantik untuk buat baju tunang. Jimat duit pun. Wiwiwiwi. When my mom taking out this outfit and gave it to me, terus rasa sebak sebab rasa macam terharu gila. Baju ni sentimental value sangat sangat. Rasa sweet gila. Alhamdulillah la, aku berjaya graduate. Kalau tak, tak tahu la dapat ke tak baju ni kan. Haha. Jadi, sejak tu aku pun menyimpan angan nak buat macam tu jugak untuk bakal anak aku nanti. Kalaulah masa tu baju ni masih elok, aku akan inherit jugak baju ni pada dia. Kalau tak pun, baju kawin aku atau tunang la aku simpan untuk anak. Wah, Syaza berangan nak ada anak dah.. Calon, suami pun tak ada lagi. Hahaha.

Okaylah semua, lain kali aku bebel lagi dekat blog ni. Nanti korang tunggu la aku update lagi pasal baju ni lagi dalam entri hari konvokesyen aku. Tak sabar sangat nak masuk Dewan Tuanku Agong Canselor (DATC) kat UiTM Shah alam tu. Tak sabar rasanya nak jumpa kawan-kawan DIS dulu. Tak sabar nak pakai baju warisan ni. Tak sabar nak genggam scroll diploma. Semoga Allah permudahkan semuanya nanti. InshaAllah. Kita jumpa lagi kawan-kawan.




p/s: Simpan duit nak bayar yuran konvo. 



Copyright by Fakhriah Anuar ♥