Life as we know it

Welcome to Fakh's Own!

Blog ini bukan milik AWAK, DIA atau MEREKA. Blog ini milik SAYA.

Kalau minat, follow blog ini. Kalau suka entri saya, tinggalkan comment anda. Tinggalkan link anda supaya saya boleh jejak dan follow anda. ;)

TAPI kalau tak suka, jangan baca blog ini. Kalau benci tekan icon pangkah kat window korang tu. Buat apa bukak blog ini kalau tak suka?

So, to readers thanks for viewing my blog. I LOVE YOU GUYS!

-fakhriah anuar-



Followers!

Tuesday, September 10, 2013

Kembali ke Universiti.

Assalamualaikum semuanya.

It's been a while. Lebih kurang 5 bulan aku tak update blog ni since cuti semester tamat diploma. Busy sangat sebab kerja part time. Jadi tak ada masa untuk update blog. Kalau ada masa sekali pun aku jadi tak tahu nak menyusun ayat walaupun idea tu ada. Jadi, terbengkalailah blog ini buat 5 bulan. Mana tidakya, kerja dari pagi sampai malam. Off day pun hanya sehari pada weekend. Kalau dah cuti masa weekend tu memang lagi la tak ada masa nak update blog. Lebih kurang 4 bulan aku kerja part time dekat Timberland Warehouse Clearance. Okay, pasal tu nanti aku cerita dalam entri seterusnya. Sekarang kita tumpukan pada entri ini ya kawan-kawan. ;)

Dalam entri kali ni aku nak cerita pasal kembalinya aku ke zaman universiti. Well, macam yang aku ceritakan dalam entri 5 bulan lepas aku dah tamat diploma. Jadi kiranya sekarang aku kembali ke universiti bukan lagi sebagai pelajar diploma tapi sebagai pelajar Ijazah. Alhamdulillah, aku berjaya lulus diploma. Sekarang ni tunggu hari untuk konvokesyen bulan November ni.


Seperti gambar kat atas ni korang pun boleh tahu aku sambung belajar kat mana. Well, UiTM Kuala Pilah kita berjumpa lagi la nampaknya. Sebelum ni course yang aku dapat ni hanya ada dekat Kampus Shah Alam, Jengka dan Arau. Tapi disebabkan lab kimia dekat Pilah tu dikira canggih sebab instrument dia semuanya up-to-date, so pihak UiTM menghantar pelajar Ijazah Sains Kimia dekat Kampus Kuala Pilah. Dan aku masih lagi berada disini.

Pada mulanya aku tak boleh terima hakikat yang aku perlu sambung ijazah dekat sini lagi. Aku sampai tahap nak tolak tawaran ni dan apply baru. Setelah aku berperang dengan perasaan sendiri dan juga di'basuh' oleh parents aku, so aku terima la tawaran ini. Jika difikirkan balik, lebih baik begini dari tak dapat apa-apa. Aku dikira bernasib baik kalau dibandingkan dengan kawan-kawan diploma yang tak dapat tawaran macam ni. Okay, aku harus bersyukur. :')

Tapi sebenarnya aku masih berat hati nak melangkah semula ke Kuala Pilah. Sampaikan semua dokument, medical check-up, bayaran yuran & rayuan kolej aku buat dalam minggu terakhir cuti. Oh ya, aku tak dapat kolej. Jadi aku terpaksa buat rayuan kolej untuk dapat tempat kediaman. Aku tak sanggup nak duduk rumah sewa. Serik! haha. Jadi bila rayuan kolej berjaya, aku ditempatkan di kolej kediaman UiTM Kuala Pilah kampus Melang. Sebabnya kolej kediaman dekat kampus Beting tu dah penuh dengan student diploma & student ijazah semua ditempatkan kat kampus Melang ni. Jadi, jarak antara kolej kediaman dengan kampus tu jadi jauh. Aku terpaksa naik bas yang disediakan untuk ke kelas. Lebih kuranglah macam kawan-kawan yang dapat Shah Alam tu. Okay, aku terima ini sebagai cabaran. Ijazah dengan diploma tak sama, cabaran dia lebih kuat dari diploma.

Jadi Syaza, kau boleh hadapi semua tu. Ini rezeki kau dan kau perlu kuat hadapi cabaran yang ada untuk kau berjaya. Kau boleh buat, banggakan parents & jadi contoh untuk adik-adik. ANC here we go! InsyaAllah. :')


Rindu :')




p/s: Till we meet again pal.




1 comment:

Nur Azma said...

salam .. macam mana nak buat rayuan duk kolej tu ... kena pergi pjabat upk kolej ke macam mana ??

Copyright by Fakhriah Anuar ♥