Life as we know it

Welcome to Fakh's Own!

Blog ini bukan milik AWAK, DIA atau MEREKA. Blog ini milik SAYA.

Kalau minat, follow blog ini. Kalau suka entri saya, tinggalkan comment anda. Tinggalkan link anda supaya saya boleh jejak dan follow anda. ;)

TAPI kalau tak suka, jangan baca blog ini. Kalau benci tekan icon pangkah kat window korang tu. Buat apa bukak blog ini kalau tak suka?

So, to readers thanks for viewing my blog. I LOVE YOU GUYS!

-fakhriah anuar-



Followers!

Wednesday, April 10, 2013

Pre-Graduation Dinner UiTM NS.


Assalamualaikum semua.

Kita jumpa lagi untuk entri kali ni. Disebabkan banyak masa terluang jadi aku pun tulis la entri baru. So, entri baru ni aku nak tulis pasal Pre-Graduation dinner macam yang aku janjikan dalam entri lepas. Actually ni adalah dinner pertama yang aku join sejak masuk UiTM Negeri Sembilan dan dinner ni jugak dinner terakhir disebabkan aku dah habis diploma. Masa part 3 dulu ada dinner society science tapi aku tak dapat join sebab kena balik rumah rasanya. Well, memang kali ni aku sangat excited sebab dapat join dinner Pre-Graduation ni.

Macam batch sebelum ni, PGD dorang dibuat kat Klana Resort, Seremban tapi Pre-Graduation Dinner UiTM Negeri Sembilan kali ni diadakan di Royale Bintang Resort & Spa, Seremban pada 20 Mac 2013. PGD kali ni khas buat students semester 6 Diploma Sains, semester 5 Diploma Food Tech, Mirobiologi & Pengurusan Ladang. Well, kitaorang tak dapat nak attend dinner dengan kawan semester 6 untuk diploma lain sebab dorang semua dah attend PGD semester lepas & dorang pun dah graduate. PGD kali ni bertemakan Color Blocking jadi memang seronok la sebab kod baju kitaorang tak terikat kepada formal. So, dari aku membebel panjang lebih baik aku bagi gambar je yang bercakap. So, lets the picture speaks.

The poster for PGD, made by Hasifullah.




OOTD:
Shocking pink long dress
Pink waist belt
Blue pattern shawl
Blue indian bracelet
Black clutch
Blue ballerina shoes

With the hot guys, from top left (clockwise):
Izzi Salleh, Hasifullah Ibrahim, Kylerul, Azuwan Jali.


With my sayang, from top left (clockwise):
Opie, Nisa, Along & Teha.

With the pretty girls, from top left (clockwise:
Wani Jalil, Hani, Awani Saari, Hana Fatehah

With the ex-classmates.

With my another sayang, Ain Suraya.

Loving this! :))


and last but not least, ME!



So, that night went well and I think it is the most awesome dinner I ever attend. Thank you to committee for organizing a wonderful and awesome night. It is the best memories I ever had since I've been in Kuala Pilah. thank you so much Cohort 3 AS120 UiTMNS.


p/s: such a great memories with them.


Tuesday, April 09, 2013

End of Diploma.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan oleh Allah untuk aku menulis dalam blog ni dan masih lagi diberi kesempatan untuk terus hidup. Syukur Alhamdulillah. Berhabuk dah blog ni. Dah bersawang ni. *sapu sapu habuk kat page ni* Haha. Kali terakhir aku update post ni on January, means dah 3 bulan dah blog ni tak bersentuh. Fuhhh *tiup habuk*

Well seperti yang aku tulis pada post awal Januari lalu, aku dah masuk semester akhir dan memandangkan post kali ni ditulis pada bulan April, jadi semester terakhir aku untuk pengajian diploma telah berakhir. Bermakna dengan ini aku telah berjaya menghabiskan 3 tahun pengajian diploma sains di UiTM. Alhamdulillah, syukur pada Allah. :') 26 Jun 2010 - 5 April 2013. Tiga tahun aku dekat Kuala Pilah tu even tak jauh mana pun dengan rumah tapi masih lagi la terasa hidup di perantauan. Haha.

Semester enam ni tersangatlah mencabar. All subjects macam tough sangat tambah lagi dengan thesis physics and business plan entrepreneurship. Seriously rasa penat je belajar sampai satu tahap aku tak tahan dan menangis je kerja aku. Mana tidaknya, subjects dah la tough, dengan kena bahagi masa untuk discussion physics plus discussion business lagi, lepas tu kelas sampai petang and sometimes ada kelas ganti on night. Bila minggu yang ada test tu lagi terasa stress dia. Pernah one day tu aku ada test sampai 3 sekali subjects. Time tu memang rasa nak give up je.

Rasa lagi stress daripada final kot.. Masa tiga minggu terakhir sebelum final exam lagi terasa stress tu. Hampir setiap hari busy. Dengan ada test, presentation entrepreneurship, presentation thesis physics, lepas tu due date untuk hantar final business plan dengan thesis pun dekat-dekat. Lagi gila aku rasa masa tu. Tambah lagi dengan Pre-grad dinner yang tiba-tiba ditukar ke hari Rabu (20 Mac) memang kelam-kaut hidup aku dan aku tahu bukan aku sorang je yang lalui semua tu. Hampir semua student semester 6 Diploma Sains lalui benda yang sama. (Well, next post aku akan cerita pasa Pre-Grad dinner)

Alhamdulillah semua tu aku berjaya harungi yang penting sabar je.. Tiga tahun di Kuala Pilah memang banyak yang dah jadi. Semua memori, naik dan turun semua aku harungi sama ada sorang-sorang ataupun dengan kawan-kawan. Seriously susah sangat rasanya nak lepaskan mereka semua, except si Farhana Adila tu. Haha. Budak tu bila-bila je boleh jumpa. Minggu-minggu terakhir masa kat kampus memang excited je rasa sebab tak sabar nak balik rumah. Tapi semua tu ada terselit kesedihan. Makin dekat dengan last paper, makin sedih je rasa. Tapi semua tu kena harungi jugak kan. Syukur pada Allah aku dah berjaya harungi semua tu.

Well, bila dah habis semua ni macam-macam perasaan pulak bercampur-baur. Dah habis macam ni mmg la lepas ni tak balik semula ke Pilah dan maksudnya dah tak jumpa lagi kawan-kawan. Jadi masa nak balik haritu memang sedih sangat-sangat. Semester ni tak bayak masa kitaorang luangkan sama-sama. Masing-masing busy dengan project thesis physics diaorang. Kalau dapat spend masa sama-sama pun masa pegi kelas or lunch hour. Semester ni aku agak bersyukur la sebab aku sekelas dengan semua sayang-sayang aku hasil daripada campur-campur kelas. Untuk kelas Physics dengan entrepreneurship aku dapat sekelas dengan Dila & Kimi, untuk kelas Kimia Instrument aku sekelas dengan Nisa, untuk kelas Kimia Inorganik aku dapat sekelas dengan Teha, Opie & Along and untuk kelas Bio aku dapat sekelas dengan Ain. Seminggu tu aku akan dapat jumpa semua sayang aku. Sekurangnya dapat jugak la spend masa dengan mereka walaupun dalam kelas.

Dah tak tau nak cakap apa dah. Aku tulis ni bergenang pulak air mata. So, biar je lah gambar kat bawah ni yang bercakap. Aku nak layan sedih ni. Haha :')

Kimi, Ain, Dila & Me - Dinner together after test at Green Cafe.


Nisa, Kimi, Dila & Me - Heading to pekan Pilah to buy some stuff.


Along, Me, Opie, Nisa & Teha - Gathered at the SCICIS Annual Grand Meeting.


Kimi, Dila & Me - Discussion for Entrepreneurship Proposal


Awani, Mun & Me - Aquaria KLCC for Biology field trip.


Nisa, Feqa, Along, Teha, Fuzah, Dila, Kimi & Me - Outing at Malacca


Along, Me, Opie, Teha, Nisa & Ain - Pre Graduation Dinner


The ENT 300 Business Plan

The Physics Mini Project Thesis


The last day with them before I get back home.



Selamat tinggal UiTM Kuala Pilah.
Semoga kita tidak berjumpa lagi untuk degree nanti.
*nak merasa belajar kat tempat lain*


So sampai sini je entri kali ni. Jumpa lagi dalam next entri. Before aku habiskan post ni aku nak ucapkan terima kasih untuk kawan-kawan UiTM Negeri Sembilan untuk semua memori kita bersama even sekejap je kita lepak, dan aku nak mintak maaf kalau aku ada buat salah or terlepas cakap ataupun terkasar bahasa. Well, aku akan merindui 3 tahun kita sama-sama dekat Kuala Pilah tu. Semoga berjaya untuk korang semua. Let the new life begin and good luck in your life. Thank you for everything. Kalau ada jodoh kita jumpa masa degree nanti and jumpa lagi masa convocation day nanti, In Sha Allah. :')


p/s:  terima kasih juga kepada semua pensyarah & staf sokongan UiTMNS



Copyright by Fakhriah Anuar ♥