Life as we know it

Welcome to Fakh's Own!

Blog ini bukan milik AWAK, DIA atau MEREKA. Blog ini milik SAYA.

Kalau minat, follow blog ini. Kalau suka entri saya, tinggalkan comment anda. Tinggalkan link anda supaya saya boleh jejak dan follow anda. ;)

TAPI kalau tak suka, jangan baca blog ini. Kalau benci tekan icon pangkah kat window korang tu. Buat apa bukak blog ini kalau tak suka?

So, to readers thanks for viewing my blog. I LOVE YOU GUYS!

-fakhriah anuar-



Followers!

Tuesday, January 15, 2013

Tips: Menghilangkan parut jerawat (Tradisional)


Assalamualaikum.

Hari ni aku nak share satu lagi tips untuk menghilangkan parut jerawat. Disebabkan kelas tak ada hari ni soaku amik masa terluang ni untuk update blog. Kali ni aku nak kongsi pasal tips menghilangkan parut jerawat secara tradisional pulak. Macam dalam entri sebelum ni [klik sini] aku ada review produk untuk menghilangkan parut jerawat yang boleh didapati kat farmasi. So, kali ni aku nak share pasal petua tradisional pulak.

So, setelah aku google dan jumpa banyak tips tradisional untuk hilangkan parut jerawat maka aku decide untuk share dekat sini.


Tips 1: Kulit kayu manis dan air
Korang ambil beberapa batang kulit kayu manis then korang tumbuk dia sampai jadi serbuk ataupun korang boleh kikiskan kulit kayu manis tu dekat bibir pasu. Lepas tu korang campurkan sikit air pada serbu tu dan sapukan pada muka atau parut jerawat setiap hari. InsyaAllah berkesan.
 

Tips 2: Kulit kayu manis dan madu
Campurkan serbuk kulit kayu manis dengan sikit madu sampai dia jadi paste untuk korang jadikan sebagai mask. Kemudian korang sapukan pada muka dan biarkan selama 20 minit atau pakai sebelum tidur dan biarkan semalaman. Then cuci dengan menggunakan air suam.
 

Tips 3: Kulit kayu manis dan bedak sejuk
 Camburkan satu sudu kecil serbuk kulit kayu manis ke dalam adunan bedak sejuk dan air. Kemudian kacau adunan tersebut sehingga sebati. Lepas tu korang sapukan adunan tersebut pada muka dan biarkan semalaman.
 

Tips 4: Timun
Korang blend-kan timun dan tapis air. Hampas timun tu korang jadikan mask. Biarkan selama 30 minit atau sehingga kering then cuci dengan air bersih. Jus timun tu korang boleh diminum untuk menyejukkan badan.


Tips 5: Lemon atau Limau
Ambil sebiji lemon atau limau kemudian korang perah buah tu dan dapatkan jusnya. Rendamkan kapas muka kat dalam jus lemon/limau tu then sapukan kat parut jerawat. Biarkan selama 20 minit kemudian basuh dengan air suam. Cara ni agak pedih sikit la. Aku pernah try cara ni then terasa pedih gila muka aku sebab banyak liang pori yang terbuka dekat muka aku. So kalau korg tak tahan pedih pada muka better korg try la tips lain yang ada ni.


So, ini je tips yang aku berjaya jumpa hasil dari carian google aku. Aku harap apa yang aku share ni bermanfaat untuk korang yang baca dan korang boleh amalkan. InsyaAllah berkesan. Next time kalau ada masa aku akan cuba tulis lagi pasal tips-tips yang korang boleh gunakan. Terima kasih kerana membaca dan harap korang suka.


p/s: semua gambar adalah hasil carian di encik google :)



6 comments:

Zurieka said...

Ika nak kongsi product penjagaan kulit..Jom lawat website ika di
www.zurieka.com

ain umirah said...

kulit kayu manis tu nk tgu bpe lame baru ad kesn??sy dah try mcm2 produk tp stil x ok..sy pnh try jgk aurawhite tp same jgk..

zQa said...

Kulit kayu manis sgt berkesan pd sy.. dlm 4jam mengecut jerawat. Dlm 2hari jerawat yg besar ni hilang.. bgus sgt kulit kayu manis dan bedak sejuk

zQa said...

Kulit kayu manis sgt berkesan pd sy.. dlm 4jam mengecut jerawat. Dlm 2hari jerawat yg besar ni hilang.. bgus sgt kulit kayu manis dan bedak sejuk

nad said...

bolehlah cuba ni di rumah..
macam best je..

cara menghilangkan jerawat secara alami said...

Terimakasih atas informasinya karena saya lagi cari informasin tentang cara menghilangkan jerawat secara alami
.

Copyright by Fakhriah Anuar ♥