Life as we know it

Welcome to Fakh's Own!

Blog ini bukan milik AWAK, DIA atau MEREKA. Blog ini milik SAYA.

Kalau minat, follow blog ini. Kalau suka entri saya, tinggalkan comment anda. Tinggalkan link anda supaya saya boleh jejak dan follow anda. ;)

TAPI kalau tak suka, jangan baca blog ini. Kalau benci tekan icon pangkah kat window korang tu. Buat apa bukak blog ini kalau tak suka?

So, to readers thanks for viewing my blog. I LOVE YOU GUYS!

-fakhriah anuar-



Followers!

Saturday, January 05, 2013

2013, Another book of me.

Assalamualaikum.

Lama dah tak menjenguk blog ni. Tangan dah kejung nak menaip, otak pun dah jammed nak berfikir. Mungkin sebab cuti semester yang agak lama buat aku jadi macam ni. Well, dah sebulan aku kembali ke Beting Highland ni. InsyaAllah, ni semester terakhir aku untuk Diploma ni. So, dah final semester memang makin busy walaupun aku cuma ada 5 subjects untuk final semester ni. Baru sebulan study dah rasa stress dan pressure dia. Ni belum lagi masa busy nanti. Dengan final project untuk subjek Physics ditambah lagi dengan Business Plan bagi subjek Entreprenueship. Aku tahu, cukup mustahil bagi aku untuk mendapat anugerah dekan bagi semester akhir ni tapi aku akan usaha supaya aku akhiri diploma aku dengan CGPA yang cukup bagus. InsyaAllah. Lagipun aku masih boleh cuba untuk degree nanti.

Well, post kali ni adalah post pertama aku bagi tahun 2013. Dah 5 hari dah kat tahun 2013 ni. Tahun ke-21 aku di bumi ciptaan Allah ni. Betapa sekejapnya masa berjalan. Rasa macam semalam je aku baru habis sekolah, rasa macam semalam je aku jejak kaki masuk PLKN, rasa macam semalam je aku sambung diploma di UiTM Negeri Sembilan ni. Sedar-sedar aku dah nak habis belajar dah. Apa yang aku tak sabar sekarang ni, adalah menunggu masa untuk hari konvokesyen. Aku pasti, hari konvokesyen aku nanti adalah hari yang ditunggu oleh parents aku jugak. Buat kali pertama, anak mereka menerima segulung diploma. Sungguh aku tak sabar tunggu saat itu.

So, kembali pada tahun 2012. Sungguh banyak benda berlaku pada diri aku. Sedih, gembira, jatuh, bangun, bahagia, terluka, semua aku rasa dalam tahun 2012. Apa yang aku mampu buat adalah bersyukur dengan nikmat yang Allah beri sebab aku tahu setiap perkara yang jadi adalah dengan izin-Nya. :')

Apa yang aku harapkan bagi tahun 2013 ni cukup mudah. Aku hanya inginkan diri aku mampu untuk capai cita-cita aku, aku inginkan diri dan semangat yang lebih kuat untuk aku hadapi dugaaan Allah, dan aku mahukan tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Dengan izin Allah. :')

Sebelum tu aku harap masih belum terlambat untuk aku wish "Selamat Taun Baru 2013" kepada semua followers blog aku ni dan kepada sesiapa je yang baca entri ni. Terima Kasih kepada anda semua.




p/s: XOXO


No comments:

Copyright by Fakhriah Anuar ♥