Life as we know it

Welcome to Fakh's Own!

Blog ini bukan milik AWAK, DIA atau MEREKA. Blog ini milik SAYA.

Kalau minat, follow blog ini. Kalau suka entri saya, tinggalkan comment anda. Tinggalkan link anda supaya saya boleh jejak dan follow anda. ;)

TAPI kalau tak suka, jangan baca blog ini. Kalau benci tekan icon pangkah kat window korang tu. Buat apa bukak blog ini kalau tak suka?

So, to readers thanks for viewing my blog. I LOVE YOU GUYS!

-fakhriah anuar-



Followers!

Tuesday, January 15, 2013

Tips: Menghilangkan parut jerawat (Tradisional)


Assalamualaikum.

Hari ni aku nak share satu lagi tips untuk menghilangkan parut jerawat. Disebabkan kelas tak ada hari ni soaku amik masa terluang ni untuk update blog. Kali ni aku nak kongsi pasal tips menghilangkan parut jerawat secara tradisional pulak. Macam dalam entri sebelum ni [klik sini] aku ada review produk untuk menghilangkan parut jerawat yang boleh didapati kat farmasi. So, kali ni aku nak share pasal petua tradisional pulak.

So, setelah aku google dan jumpa banyak tips tradisional untuk hilangkan parut jerawat maka aku decide untuk share dekat sini.


Tips 1: Kulit kayu manis dan air
Korang ambil beberapa batang kulit kayu manis then korang tumbuk dia sampai jadi serbuk ataupun korang boleh kikiskan kulit kayu manis tu dekat bibir pasu. Lepas tu korang campurkan sikit air pada serbu tu dan sapukan pada muka atau parut jerawat setiap hari. InsyaAllah berkesan.
 

Tips 2: Kulit kayu manis dan madu
Campurkan serbuk kulit kayu manis dengan sikit madu sampai dia jadi paste untuk korang jadikan sebagai mask. Kemudian korang sapukan pada muka dan biarkan selama 20 minit atau pakai sebelum tidur dan biarkan semalaman. Then cuci dengan menggunakan air suam.
 

Tips 3: Kulit kayu manis dan bedak sejuk
 Camburkan satu sudu kecil serbuk kulit kayu manis ke dalam adunan bedak sejuk dan air. Kemudian kacau adunan tersebut sehingga sebati. Lepas tu korang sapukan adunan tersebut pada muka dan biarkan semalaman.
 

Tips 4: Timun
Korang blend-kan timun dan tapis air. Hampas timun tu korang jadikan mask. Biarkan selama 30 minit atau sehingga kering then cuci dengan air bersih. Jus timun tu korang boleh diminum untuk menyejukkan badan.


Tips 5: Lemon atau Limau
Ambil sebiji lemon atau limau kemudian korang perah buah tu dan dapatkan jusnya. Rendamkan kapas muka kat dalam jus lemon/limau tu then sapukan kat parut jerawat. Biarkan selama 20 minit kemudian basuh dengan air suam. Cara ni agak pedih sikit la. Aku pernah try cara ni then terasa pedih gila muka aku sebab banyak liang pori yang terbuka dekat muka aku. So kalau korg tak tahan pedih pada muka better korg try la tips lain yang ada ni.


So, ini je tips yang aku berjaya jumpa hasil dari carian google aku. Aku harap apa yang aku share ni bermanfaat untuk korang yang baca dan korang boleh amalkan. InsyaAllah berkesan. Next time kalau ada masa aku akan cuba tulis lagi pasal tips-tips yang korang boleh gunakan. Terima kasih kerana membaca dan harap korang suka.


p/s: semua gambar adalah hasil carian di encik google :)



Saturday, January 12, 2013

Fashion: Palazzo Pants


Assalamualaikum.

Entri kedua bagi tahun 2013. Kali ni aku nak share pasal palazzo pants. Well, bulan lepas aku ada beli 3 pasang palazzo pants ni dekat Kenanga Wholesale City (KWC), KL. Aku beli masa tu 3 pasang sekali sebab harga dia RM 100 utk 3 pasang. Kalau sepasang harga dia dlm RM 40 mcm tu disebabkan nak jimat aku grab la 3 pasang sekali. Well then lepas dah beli tu baru terfikir macam mana nak style palazzo pants ni. So I've been googled up for palazzo style dannnnnnnn jumpa lah macam-macam style.



This could style for girls out there yang tak bertudung.
For me memang tak patut nak pakai. haha



Well, this how you can style your palazzo for girls out there yang bertudung.
Simple je sebenarnya. You could style the palazzo with:
  • Long sleeve t-shirt or 
  • Short sleeve t-shirt with jacket or cardigan
  • Blouse (tucked in)
  • Ballerina shoes or
  • High heels or
  • Flat shoes
  • Accessories; Long necklace and bangles

So, here some picture that could help you to style with





Anddddd here some picture of me styling the palazzo pants




On picture 1 and 2, I styled my black palazzo pants with long sleeved t-shirts with shawls to covered my head. While on picture 3, I styled my orange palazzo pants with a white short sleeved blouse (tucked-in), a black long cardigan and orange pattern bawal tudung.

Well then rasanya sampai sini je entri kali ni. InsyaAllah kalau ada fashion baru yang aku cuba aku akan try tulis entri lagi. Thank you for reading and all your supports. Love ya. Assalamualaikum.





p/s: #PalazzoPants



Saturday, January 05, 2013

2013, Another book of me.

Assalamualaikum.

Lama dah tak menjenguk blog ni. Tangan dah kejung nak menaip, otak pun dah jammed nak berfikir. Mungkin sebab cuti semester yang agak lama buat aku jadi macam ni. Well, dah sebulan aku kembali ke Beting Highland ni. InsyaAllah, ni semester terakhir aku untuk Diploma ni. So, dah final semester memang makin busy walaupun aku cuma ada 5 subjects untuk final semester ni. Baru sebulan study dah rasa stress dan pressure dia. Ni belum lagi masa busy nanti. Dengan final project untuk subjek Physics ditambah lagi dengan Business Plan bagi subjek Entreprenueship. Aku tahu, cukup mustahil bagi aku untuk mendapat anugerah dekan bagi semester akhir ni tapi aku akan usaha supaya aku akhiri diploma aku dengan CGPA yang cukup bagus. InsyaAllah. Lagipun aku masih boleh cuba untuk degree nanti.

Well, post kali ni adalah post pertama aku bagi tahun 2013. Dah 5 hari dah kat tahun 2013 ni. Tahun ke-21 aku di bumi ciptaan Allah ni. Betapa sekejapnya masa berjalan. Rasa macam semalam je aku baru habis sekolah, rasa macam semalam je aku jejak kaki masuk PLKN, rasa macam semalam je aku sambung diploma di UiTM Negeri Sembilan ni. Sedar-sedar aku dah nak habis belajar dah. Apa yang aku tak sabar sekarang ni, adalah menunggu masa untuk hari konvokesyen. Aku pasti, hari konvokesyen aku nanti adalah hari yang ditunggu oleh parents aku jugak. Buat kali pertama, anak mereka menerima segulung diploma. Sungguh aku tak sabar tunggu saat itu.

So, kembali pada tahun 2012. Sungguh banyak benda berlaku pada diri aku. Sedih, gembira, jatuh, bangun, bahagia, terluka, semua aku rasa dalam tahun 2012. Apa yang aku mampu buat adalah bersyukur dengan nikmat yang Allah beri sebab aku tahu setiap perkara yang jadi adalah dengan izin-Nya. :')

Apa yang aku harapkan bagi tahun 2013 ni cukup mudah. Aku hanya inginkan diri aku mampu untuk capai cita-cita aku, aku inginkan diri dan semangat yang lebih kuat untuk aku hadapi dugaaan Allah, dan aku mahukan tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Dengan izin Allah. :')

Sebelum tu aku harap masih belum terlambat untuk aku wish "Selamat Taun Baru 2013" kepada semua followers blog aku ni dan kepada sesiapa je yang baca entri ni. Terima Kasih kepada anda semua.




p/s: XOXO


Copyright by Fakhriah Anuar ♥