Life as we know it

Welcome to Fakh's Own!

Blog ini bukan milik AWAK, DIA atau MEREKA. Blog ini milik SAYA.

Kalau minat, follow blog ini. Kalau suka entri saya, tinggalkan comment anda. Tinggalkan link anda supaya saya boleh jejak dan follow anda. ;)

TAPI kalau tak suka, jangan baca blog ini. Kalau benci tekan icon pangkah kat window korang tu. Buat apa bukak blog ini kalau tak suka?

So, to readers thanks for viewing my blog. I LOVE YOU GUYS!

-fakhriah anuar-



Followers!

Thursday, November 08, 2012

Product Review: Menghilangkan parut jerawat.


Assalamualaikum.

Hari ni aku nak buat product review untuk menghilangkan parut jerawat menggunakan produk yang aku beli kat farmasi.

Aku ni ada masalah jerawat tapi tak ada lah teruk sangat. Cuma bila datang musim dia memang banyak la jerawat naik. So, bila dah naik jerawat tangan aku ni pulak tak reti nak diam dari picit jerawat tu. Geram punya pasal and tak sabar nak tunggu dia kering aku ni gatal tangan picit jerawat tu. Jadi hasilnya berparutlah muka aku. So, kali ni aku nak tunjuk product yang aku guna sekali dengan product review untuk hilangkan parut jerawat.

 
muka aku yang berparut dan berjerawat


1. Derma Health's Skin Labs: Concentrated Vitamin E Cream

Krim ni mengandungi concentrated vitamin E. Vitamin E adalah vitamin yang diperlukan oleh kulit dimana vitamin ini membantu melindungi kulit dari faktor luar, seperti persekitaran. Vitamin E juga membantu kulit membina semula sel-sel baru lebih cepat daripada badan. Vitamin E boleh juga diambil dari bentuk supplement (macam dalam gambar kat bawah) tapi korang perlu berhati-hati, sebab kalau terlebih dos vitamin E boleh jadi bahaya kepada badan. So korang kena pastikan korang tau dos yang betul daripada doktor sebelum gunakan supplement vitamin E ni. Sebab tu lah aku lebih selesa guna krim vitamin E ni. Korang boleh dapatkan produk ni kat farmasi dengan harga RM 49.50 (200ml).
 

 2. Bio-Oil


Produk ni mesti korang tau sebab dah selalu dengar orang cerita and selalu jugak keluar iklan kat tv kan. Bio-oil ni boleh mengurangkan keradangan dan kemerahan jerawat selain tu dia boleh menghilangkan parut dan mengurangkan tona kulit tidak sekata. Biasanya aku akan guna bio-oil ni masa jerawat tengah naik, merah-merah sebab lepas tu dia akan buat jerawat tu cepat kering.

3. Garden of Eden: Rosa T Acne Serum

Rosa T : Acne Concentrate Serum: Fights Oily skin, Acne and Acne Scars

Produk ni aku tak pernah beli pun. Aku pakai pun sekejap je sebab aku dapat sample masa kerja kat farmasi dulu, tapi member aku sorang pakai produk ni dan dia kata produk ni memang berkesan. Produk ni fungsinya meneutralkan kulit berminyak, menghilangkan jerawat dan parut jerawat, membantu mencegah jerawat dan mengurangkan sebum berlebihan, kulit berminyak, liang tersumbat dan jerawat. Produk ni biasanya harga dia RM32.50 (5ml) dan boleh dibeli dekat farmasi.

4. Vitamin C

 

Vitamin C ni biasanya aku beli jenama Flavettes sebab jenama ni rasa oren dia sedap dan sugar-free. Vitamin C ni ada banyak manfaat untuk kulit. Vitamin C digunakan untuk membantu membaiki kulit dengan lebih cepat, membina semula kolagen, membina saluran darah baru, melembapkan kulit dan juga mengurangkan garis halus dan kedutan. Dengan semua kelebihan ni, dia akan jadi sebahagian daripada penjagaan kulit. Tapi kandungan vitamin C yang korang perlu ambil untuk penjagaan kulit adalah pada 500mg je tau. Kalau beli yang 250mg atau 1000mg tu function dia lain pulak. Harga bagi sebotol vitamin C jenama ni adalah RM16.50 untuk 50 biji.

So, sampai sini je lah product review untuk menghilangkan parut jerawat. Next entri aku akan tulis petua tradisional untuk hilangkan parut jerawat pulak.


p/s: seronok buat post pasal tips ni. :D


4 comments:

Zurieka said...

Ika nak kongsi product penjagaan kulit..Jom lawat website ika di
www.zurieka.com

Anonymous said...

Hello, I want to subscribe for this webpage to get most recent updates, thus where
can i do it please help out.

Here is my page; Natural CLeanse Review

Anonymous said...

Great article.

Here is my webpage Natural Cleanse

Anonymous said...

e cig, e cigarette, e cig, electronic cigarette brands, e cig forum, ecig

Copyright by Fakhriah Anuar ♥