Life as we know it

Welcome to Fakh's Own!

Blog ini bukan milik AWAK, DIA atau MEREKA. Blog ini milik SAYA.

Kalau minat, follow blog ini. Kalau suka entri saya, tinggalkan comment anda. Tinggalkan link anda supaya saya boleh jejak dan follow anda. ;)

TAPI kalau tak suka, jangan baca blog ini. Kalau benci tekan icon pangkah kat window korang tu. Buat apa bukak blog ini kalau tak suka?

So, to readers thanks for viewing my blog. I LOVE YOU GUYS!

-fakhriah anuar-



Followers!

Tuesday, October 30, 2012

Tips: Menghilangkan bintik hitam dan putih di muka.

Assalamualaikum.

Hari ni aku nak share satu tips. Kira petua tradisional la ni. Tips ni adalah cara nak hilangkan bintik hitam dan putih kat muka. Semuanya start bila aku mula sedar yang muka aku ni makin banyak bintik putih dan hitam. Terutamanya kat area hidung dan pipi. So, aku ada beli nose strips yang ada jual kat Watson's ni. Tapi macam tak tertanggal je bintik putih aku tu. Rasa membazir pulak duit beli benda ni.


Lepas tu aku guna pulak cara manual, picit bintik putih pakai tangan ataupun besi picit jerawat tu. Pergh, memang jenuh la aku nak picit-pict kasi keluar bintik-bintik tu. Tapi bila dah picit memang berlubang lah muka aku.  Sebab tu member-member semua mesti perasan yang muka aku banyak kesan berlubang. Semua tu hasil dari kerja memicit bintik putih tu. Kalau picit pakai besi tu pulak sakit dia tak payah cakap la. Confirm keluar semua air mata. Okay, sekarang nak insaf la dari kerja-kerja memicit bintik putih mahupun jerawat. So, aku google dan cari tips menghilangkan bintik putih dan aku jumpa ni. [klik]

Lepas tu aku tanya mama aku pulak. Dia pun guna cara macam tu jugak tapi dia ada tambah sikit la petua. So, jom kita mula.

Bahan-bahan yang diperlukan:
            1. Sebiji telur
            2. Kapas muka
            3. Air suam
            4. Hirisan limau nipis
Cara-caranya:
  1. Asingkan putih telur dengan kuning telur. Kita hanya akan guna bahagian putih telur sahaja. Bahagian kuning tu korang boleh la buat goreng. Jangan dibuang macam tu je, membazir.
  2. Celupkan kapas muka ke dalam bekas berisi putih telur tersebut.
  3. Lekapkan kapas muka yang bersalut putih telur ke bahagian muka yang terdapat bintik putih tersebut. *Make sure kapas tu betul-betul melekat dan rata pada muka.
  4. Tunggu sehingga kapas tersebut betul-betul kering
  5. Tanggalkan kapas muka tersebut setelah ia betul-betul kering.
  6. Observe kapas muka tersebut dan anda akan mendapati bintik putih dan bintik hitam pada muka anda  telah dicabut.
  7. Cuci muka anda dengan air suam.
  8. Kemudian gosokkan limau hirisan limau nipis ke muka anda. Ini bertujuan untuk mebuang hanyir telur tersebut dan menyegarkan kulit anda.
  9. Record your result in data sheet and make your report. *Eh, macam dalam lab practical jek. =.='
Okay, senang kan? Bahan-bahan pun sikit je. Free-free je boleh dapat kat rumah. So korang cuba lah cara ni. Rajin-rajinkan buat dalam dua kali seminggu. InsyaAllah nanti bintik putih dan bintik hitam kat muka korang tu akan hilang.

So, sampai sini je lah entri pertama aku pasal tips ni. InsyaAllah kita jumpa dalam entri seterusnya ya.


p/s:  Lepas ni nak buat entri pasal tips lain pulak. :)


11 comments:

gadis comel said...

nak cubalah.hihi

aamanina manaf said...

thanks akak,nak cuba jugaklah.
saya follow akak ,followla saya balek :D hehe .

rashidarashid said...

nak tryy !

Anonymous said...

nkkk tryy laaa

Anonymous said...

sy alah bau telor... apetah lg mkn o buat mcm tu... trseksa rasanye.... ade care laen x...??

AFINA said...

haha , buat report segala bagai . info yg berguna . =)

Nani Hananim said...

Huhu..sy dah cuba mmng berkesan..thankz...kulit ku halus gbu dan licin. Mmuuahh..

Anonymous said...

Nak trylah hr ni....:'(

Anonymous said...

Kalau guna tisu boleh ke?

Anonymous said...

klau guna tisu biasa ???

Anonymous said...

Menurut saya begini saja juga bisa:
Putih telur
Kocok
Oleskan kebagian bintik putih
Pakaile tisu selame 20menit
Lepas tisunye
Udah.
Sya Dari Indonesia!

Copyright by Fakhriah Anuar ♥