Life as we know it

Welcome to Fakh's Own!

Blog ini bukan milik AWAK, DIA atau MEREKA. Blog ini milik SAYA.

Kalau minat, follow blog ini. Kalau suka entri saya, tinggalkan comment anda. Tinggalkan link anda supaya saya boleh jejak dan follow anda. ;)

TAPI kalau tak suka, jangan baca blog ini. Kalau benci tekan icon pangkah kat window korang tu. Buat apa bukak blog ini kalau tak suka?

So, to readers thanks for viewing my blog. I LOVE YOU GUYS!

-fakhriah anuar-



Followers!

Wednesday, July 11, 2012

Sungai Chiling; Dream Come True.


Assalamualaikum.

Hai semua, jumpa lagi dalam entri kali ni. Kali ni nak cerita pasal Sungai Chiling. :) Macam dalam entri lepas, aku ada cakap yang aku dalam planning nak hiking kat Sg Chiling kan? Alhamdulillah impian jadi kenyataan.





Sabtu haritu (7 Julai 2012), kami berlima (aku, Dila, Kimi, Fara & Qila) bergerak ke Sg Chiling selepas planning ni hampir-hampir dibatalkan last minit. Some people cakap yang Sg Chiling tu pernah ada kes kematian disebabkan jangkitan kencing tikus. So selepas aku google, tak pernah ada artikel yang cakap ada kes macam tu kat Sg Chiling. Lagipun tempat tu adalah Pusat Santuari Ikan Jabatan Perikanan Malaysia, mana mungkin ada kes macam tu. Kalau ada mesti ikan-ikan kat situ semua dah mati & tempat tu pun mesti dah ditutup.


Setelah mencapai kata sepakat, kami berlima buat keputusan untuk ke Sg Chiling jugak. Mana tak nya, masing-masing dah mind set nak ke sana. Kononnya, planning nak gerak dari Melang, Kuala Pilah pukul 5 pagi sebab kitaorang nak sampai awal. Last-last hampir pukul 6 jugak la baru bergerak. Kitaorang semua tak pernah sampai tempat tu. Aku sendiri pun tak pernah tau tempat tu sebelum aku tengok gambar trip seseorang ke Sg Chiling ni & terdengar kat radio. Dengan berbekalkan google maps dari iPad Dila & information yang kitaorang cari dari internet, kitaorang pun bergerak ke Sg Chiling.


Sg Chiling ni terletak kat Kuala Kubu Baru. Korang kena sampai pekan Kuala Kubu Baru dulu baru sampai ke Sg Chiling ni. Sebelum jumpa Sg Chiling ni, korang akan jumpa Empangan Sungai Selagor dulu. Tempat tu memang cantik sangat. SubhanaAllah. Kitaorang sampai Sg Chiling dalam pukul 10pagi jugak. Ambil masa yang agak lama dari Kuala Pilah. Kalau ikutkan google maps tu dia kata ambik masa hampir 3 jam. Tapi kitaorang ni banyak tempat berhentinya. So 4 jam lebih jugak baru sampai sana. Bila sampai tu kitaorang kena daftar masuk dulu kat pondok pengurusan untuk tujuan keselamatan.


                                   

*pemandangan di Empangan Sungai Selangor, Kuala Kubu Baru.


               

                  
*gambar disekitar pondok pengurusan Sg Chiling.


Kitaorang mulakan hiking lepas semuanya dah ready. Kitaorang yang tak pernah pergi ni mulakan hiking dengan berpandukam peta je. Lepas tu follow orang lain yang sama-sama hiking nak ke kawasan air terjun tu. Sangat seronok! Untuk sampai ke atas tu kitaorang kena redah sungai. sebanyak 5 kali. Kalau korang yang baca ni nak naik atas tu tak ada maknanya korang akan sampai atas tu dengan keadaan yang kering. Confirm basah sekurang-kurangnya pinggang ke bawah. :) Perkara paling penting, korang kena berhati-hati masa meredah sungai tu. Ada banyak batu licin & korang ada kemungkinan untuk jatuh ke dalam air. Kalau bergerak secara berkumpulan, kerjasama tu penting sangat.



        


Setelah hampir sejam kitaorag hiking akhirnya sampai juga ke kawasan air terjun Sg Chiling. SubhanaAllah, cantiknya pemandangan. Tapi kawasan air terjun tu agak kecik sikit la. Kebetulan masa trip kitaorang tu ada family day & trip kolej-kolej lain so memang agak crowded sikit la tempat tu. Tapi seriously korang akan terpukau degan pemandangan kat situ. Kitaorang pun melepaskan lelah dengan berendam dalam air yang sejuk tu & makan sikit makanan yang kitaorang bawa. Dalam pukul 2ptg macam tu kitaorang berlima pun mula beransur turun dari kawasan air terjun tu. Hati aku rasa berat nak tinggalkan tempat tu sebab aku masih belum puas berada di situ.


*kawasan air terjun Sg Chiling. SubhanaAllah, indahnya ciptaan Allah.

           

So, bila sampai semula kat bawah kitaorang rehat sekejap. Masa tu nak tukar baju & mandi tak dapat sebab ramai sangat orang yang beratur kat situ. So, kitaorang decide untuk madi & solat kat masjid kat pekan Kuala Kubu Baru. Selesa sikit berbanding mandi kat toilet Sg Chiling tu. So lepas keringkan baju, kitaorang bergerak ke pekan Kuala Kubu Baru untuk mandi & solat jamak takhir. Lepas tu kitaorang teruskan perjalanan & singgah Putrajaya untuk berjimba lagi. Lepas solat maghrib kat Masjid Putra kitaorang ke Festival Floria kat Precint 2 & makan kat area kajang. Pukul 2pagi jugak la sampai kat Kuala Pilah. Penat tapi seronok!

Lepas ni kalau boleh nak pergi lagi Sg Chiling ni. Kali ni nak ajak kawan-kawan lain yang tak dapat ikut. Seriou seronok! Alhamdulillah impian jadi kenyataa. Terima Kasih kat Dila, Kimi, Qila & Fara sebab tolong aku realisasikan impian aku. So, korang yang baca ni patut try jugak ke Sg Chiling. Satu pengalaman yang tak boleh dilupakan.


Rasanya sampai sini je la entri kali ni. Dah panjang dah aku tulis. Kalau cerita pasal semua benda memang tak habis lah sampai esok pagi. So, kita jumpa lagi ya kat entri seterusnya. Have a nice day korang! Assalamualaikum. :)


*Alhamdulillah, I've conquered Chiling Waterfall.



p/s: Cari tempat lain pulak untuk hiking.

1 comment:

Anonymous said...

mamat tengah tu campak jauh2la bikin spoil jee!

Copyright by Fakhriah Anuar ♥