Life as we know it

Welcome to Fakh's Own!

Blog ini bukan milik AWAK, DIA atau MEREKA. Blog ini milik SAYA.

Kalau minat, follow blog ini. Kalau suka entri saya, tinggalkan comment anda. Tinggalkan link anda supaya saya boleh jejak dan follow anda. ;)

TAPI kalau tak suka, jangan baca blog ini. Kalau benci tekan icon pangkah kat window korang tu. Buat apa bukak blog ini kalau tak suka?

So, to readers thanks for viewing my blog. I LOVE YOU GUYS!

-fakhriah anuar-



Followers!

Thursday, June 14, 2012

Semester Lima

Assalamualaikum.

Hai semua. Kali ni aku nak cerita sikit pasal kehidupan selama seminggu sebagai pelajar UiTM Semester 5. Fuyooohhh! Macam banyak je nak cerita.

Mostly ramai yang tau yang pelajar diploma dah start balik ke kampus masing-masing untuk sambung pengajian masing-masing & aku pun turut serta. *skema gila ayat. So, pada Ahad (10 Jun 2012), aku telah pun kembali ke kolej kediaman UiTM Negeri Sembilan di Kampung Parit Beting, Kota Paris Kuala Pilah. Lupa pulak nak bagitau, aku telah berjaya memboloskan diri masuk ke kolej semula. Wehuuu! Well, terima kasih kepada mama yang telah memberi nama aku kepada salah seorang kawan dia yang bekerja di Unit Pengurusan Kolej UiTM NS. Dan dengan berbesar hati aku kembali ke kolej kediaman & mendaftar di Kolej Sri Menanti 1 bersama-sama kawan baik sejak 15 tahun lepas, Farhana Adila Hasbollah. Well, bertuah dapat satu bilk dengan BFF sendiri. InsyaAllah tak ada masalah. Heeee :D

Masa dalam perjalan ke Kuala Pilah, macam-macam feeling aku rasa. Semua tu jadi sebab tak nak balik Pilah, malas nak sambung belajar. Kejap rasa pening, kejap rasa nak muntah, kejap rasa excited. Gila! Bercampur-baur perasaan aku masa tu. Tapi bila dah jejak je kaki kat Dataran Anjung tu, semua perasaan aku hilang. Tiba-tiba feeling like a boss sebab dah masuk semester 5. Life as a senior. Muahaha...

Well, first day kuliah sampai ke hari ke-tiga aku tak jejak pun kaki ke bangunan fakulti. Malas nak pergi kelas sebab tau confirm-confirm lecturer tak masuk. Then hari ni, 14 Jun 2012 bersamaan hari Khamis, for the first time aku masuk kelas untuk semester 5 ni. Oh! Lupa nak bagitau. Macam post yang lepas aku pernah cerita pasal kemusykilan aku untuk pilih laluan apa untuk semester 5 ni. Dan setelah berfikir & merenung sejenak, aku buat keputusan untuk pilih laluan akademik iaitu Major in Physics. Nanti bila dah grad mesti dalam sijil aku ada tulis 'Diploma in Science, Major in Physics'. Cehhh! Poyo sekejap.

So, kali ni aku berjauhan dengan kawan-kawan sekelas aku dulu; Teha, Opie, Along & Nisa.They all masuk kelas lain & aku pulak sayang nak lepaskan kelas yang aku dah daftar sekarang ni sebab jadual kelas ni memang sangat best! Serious sayang nak lepaskan. :(

Rasanya sampai sini je aku berceloteh kat sini. Next time aku update lagi, InsyaAllah. Jumpa lagi kawan-kawan! Assalamualaikum.


p/s: semester lima, tahun terakhir diploma.


No comments:

Copyright by Fakhriah Anuar ♥