Life as we know it

Welcome to Fakh's Own!

Blog ini bukan milik AWAK, DIA atau MEREKA. Blog ini milik SAYA.

Kalau minat, follow blog ini. Kalau suka entri saya, tinggalkan comment anda. Tinggalkan link anda supaya saya boleh jejak dan follow anda. ;)

TAPI kalau tak suka, jangan baca blog ini. Kalau benci tekan icon pangkah kat window korang tu. Buat apa bukak blog ini kalau tak suka?

So, to readers thanks for viewing my blog. I LOVE YOU GUYS!

-fakhriah anuar-



Followers!

Thursday, June 21, 2012

Hiking ♥





Assalamualaikum.


Hai semua. Aku ada entri baru lagi kali ni. Saje je menaip kat blog kesayangan sebab bosan tak tau buat apa disebabkan kelas belum start belajar lagi. So aku ambil keputusan untuk menaip kat blog kesayangan ni. ;)


Well, entri kali ni aku nak cerita pasal hiking atau dalam bahasa melayunya mendaki. Sebenarnya mendaki bukit & gunung merupakan salah satu aktiviti kegemaran aku. Setakat ni dari kecik ke besar bukit yang pernah aku daki bukannya banyak mana pun, setakat 2-3 bukit gunung je. Antaranya, Gunung Angsi, Bukit Broga & Gunung Sri Pilah. Aku ada jugak simpan cita-cita nak mendaki Gunung Datuk & Gunung Kinabalu. So, sekarang nak cerita pasal pengalaman aku mendaki gunung ni.


For starter nak cerita pasal Gunung Angsi. Gunung Angsi ni terletak kat Negeri Sembilan daerah Kuala Pilah. Sebelum korang sampai Kuala Pilah mesti korang akan sampai ke Ulu Bendul dahulu (jika melalui Seremban) dan di situlah terletaknya Gunung Angsi ni. Gunung Angsi ni adalah salah satu gunung terkecil di Malaysia yang mempunyai ketinggian 824 meter. Aku dah mendaki Gunung Angsi ni sejak dari sekolah rendah, sekolah menengah hingga ke sekarang (zaman universiti). Maklumlah aku ni belajar kat Negeri Sembilan je sejak tadika. So, kali terakhir aku mendaki Gunung Angsi ni pada semester kedua aku bagi diploma kat UiTM Kuala Pilah untuk lawatan luar (field trip) bagi subjek BIO 200. Kalau korang nak tau lebih lanjut tentang Gunung Angsi, sila klik link ni http://www.malaysia-traveller.com/gunung-angsi.html. So here's some picture of hiking at the Gunung Angsi.





*Harap maaf, gambar tak berkualiti. Camera murah je. :D


Next, Gunung Sri Pilah atau kadang-kala dikenali dengan nama Gunung Ulu Pilah. Gunung Sri Pilah ni terletak di jalan di antara Seri Menanti dan Senaling, juga terletak di Negeri Sembilan daerah Kuala Pilah. Gunung Sri Pilah ni aku pergi masa buat final projek untuk HBU 121. It's camping for Kesatria UiTM. Gunung Sri Pilah ni terletak kat Kem Rekreasi Sri Pilah. Kat situ ada jeram Sri Pilah sebelum korang naik ke gunung tu. Sampai kat checkpoint pertama ada air terjun & sangat best air terjun dia. Kat kawan rekreasi tu tanah dia sangat lapang then siap ada bilik mandi & surau utk kegunaan pengunjung. Tanah lapang tu untuk dijadikan tapak perkhemahan. Masa kitaorang pergi tu memang seronok la. Tempat tu boleh tampung sampai hampir 200 orang. Tapi sayangnya line maxis tak ada langsung kat situ. Untuk keterangan lanjut boleh bukak link ini http://kemsripilah.blogspot.com. Well then, lets take a look at the pictures. ;)




























Lastly, Bukit Broga. Mesti ramai yang dah tau pasal Bukit Broga sebab bukit ni antara bukit yang orang nak pergi kalau nak hiking. Bukit Broga ni terletak di Semenyih. 50km je dari Kuala Lumpur sebab tu la ramai yang lebih senang nak hiking kat bukit ni. Aku mula tanam minat nak daki Bukit Broga ni sejak kelab pelancongan UiTM Negeri Sembilan buat trip ke sana. Aku nak sangat join time tu tapi tak dapat sebab ada perkara yang tak dapat dielakkan. Tapi akhirnya aku berjaya ke Bukit Broga ni masa cuti semester lepas. Kawan-kawan sayang aku yang bawak ke sana. Untung off day kerja masa tu! So, here's some picture of us climbing the Broga Hill.







   




Well then. Dah habis cerita pasal pengalaman aku mendaki. Sekarang aku dalam plan nak ke Sungai Chiling. Degar cerita tempat tu best sebab lepas hiking boleh mandi air terjun bila dah sampai atas. Mesti seronok! Aku jugak ada simpan angan-angan nak panjat Gunung Kinabalu, InsyaAllah one day. So, entri kali ni sampai sini je dulu. Next time aku celoteh lagi kat blog ni. Assalamualaikum semua! ;)



p/s: seronok mendaki ni.



No comments:

Copyright by Fakhriah Anuar ♥