Life as we know it

Welcome to Fakh's Own!

Blog ini bukan milik AWAK, DIA atau MEREKA. Blog ini milik SAYA.

Kalau minat, follow blog ini. Kalau suka entri saya, tinggalkan comment anda. Tinggalkan link anda supaya saya boleh jejak dan follow anda. ;)

TAPI kalau tak suka, jangan baca blog ini. Kalau benci tekan icon pangkah kat window korang tu. Buat apa bukak blog ini kalau tak suka?

So, to readers thanks for viewing my blog. I LOVE YOU GUYS!

-fakhriah anuar-



Followers!

Thursday, November 08, 2012

Product Review: Menghilangkan parut jerawat.


Assalamualaikum.

Hari ni aku nak buat product review untuk menghilangkan parut jerawat menggunakan produk yang aku beli kat farmasi.

Aku ni ada masalah jerawat tapi tak ada lah teruk sangat. Cuma bila datang musim dia memang banyak la jerawat naik. So, bila dah naik jerawat tangan aku ni pulak tak reti nak diam dari picit jerawat tu. Geram punya pasal and tak sabar nak tunggu dia kering aku ni gatal tangan picit jerawat tu. Jadi hasilnya berparutlah muka aku. So, kali ni aku nak tunjuk product yang aku guna sekali dengan product review untuk hilangkan parut jerawat.

 
muka aku yang berparut dan berjerawat


1. Derma Health's Skin Labs: Concentrated Vitamin E Cream

Krim ni mengandungi concentrated vitamin E. Vitamin E adalah vitamin yang diperlukan oleh kulit dimana vitamin ini membantu melindungi kulit dari faktor luar, seperti persekitaran. Vitamin E juga membantu kulit membina semula sel-sel baru lebih cepat daripada badan. Vitamin E boleh juga diambil dari bentuk supplement (macam dalam gambar kat bawah) tapi korang perlu berhati-hati, sebab kalau terlebih dos vitamin E boleh jadi bahaya kepada badan. So korang kena pastikan korang tau dos yang betul daripada doktor sebelum gunakan supplement vitamin E ni. Sebab tu lah aku lebih selesa guna krim vitamin E ni. Korang boleh dapatkan produk ni kat farmasi dengan harga RM 49.50 (200ml).
 

 2. Bio-Oil


Produk ni mesti korang tau sebab dah selalu dengar orang cerita and selalu jugak keluar iklan kat tv kan. Bio-oil ni boleh mengurangkan keradangan dan kemerahan jerawat selain tu dia boleh menghilangkan parut dan mengurangkan tona kulit tidak sekata. Biasanya aku akan guna bio-oil ni masa jerawat tengah naik, merah-merah sebab lepas tu dia akan buat jerawat tu cepat kering.

3. Garden of Eden: Rosa T Acne Serum

Rosa T : Acne Concentrate Serum: Fights Oily skin, Acne and Acne Scars

Produk ni aku tak pernah beli pun. Aku pakai pun sekejap je sebab aku dapat sample masa kerja kat farmasi dulu, tapi member aku sorang pakai produk ni dan dia kata produk ni memang berkesan. Produk ni fungsinya meneutralkan kulit berminyak, menghilangkan jerawat dan parut jerawat, membantu mencegah jerawat dan mengurangkan sebum berlebihan, kulit berminyak, liang tersumbat dan jerawat. Produk ni biasanya harga dia RM32.50 (5ml) dan boleh dibeli dekat farmasi.

4. Vitamin C

 

Vitamin C ni biasanya aku beli jenama Flavettes sebab jenama ni rasa oren dia sedap dan sugar-free. Vitamin C ni ada banyak manfaat untuk kulit. Vitamin C digunakan untuk membantu membaiki kulit dengan lebih cepat, membina semula kolagen, membina saluran darah baru, melembapkan kulit dan juga mengurangkan garis halus dan kedutan. Dengan semua kelebihan ni, dia akan jadi sebahagian daripada penjagaan kulit. Tapi kandungan vitamin C yang korang perlu ambil untuk penjagaan kulit adalah pada 500mg je tau. Kalau beli yang 250mg atau 1000mg tu function dia lain pulak. Harga bagi sebotol vitamin C jenama ni adalah RM16.50 untuk 50 biji.

So, sampai sini je lah product review untuk menghilangkan parut jerawat. Next entri aku akan tulis petua tradisional untuk hilangkan parut jerawat pulak.


p/s: seronok buat post pasal tips ni. :D


Tuesday, October 30, 2012

Tips: Menghilangkan bintik hitam dan putih di muka.

Assalamualaikum.

Hari ni aku nak share satu tips. Kira petua tradisional la ni. Tips ni adalah cara nak hilangkan bintik hitam dan putih kat muka. Semuanya start bila aku mula sedar yang muka aku ni makin banyak bintik putih dan hitam. Terutamanya kat area hidung dan pipi. So, aku ada beli nose strips yang ada jual kat Watson's ni. Tapi macam tak tertanggal je bintik putih aku tu. Rasa membazir pulak duit beli benda ni.


Lepas tu aku guna pulak cara manual, picit bintik putih pakai tangan ataupun besi picit jerawat tu. Pergh, memang jenuh la aku nak picit-pict kasi keluar bintik-bintik tu. Tapi bila dah picit memang berlubang lah muka aku.  Sebab tu member-member semua mesti perasan yang muka aku banyak kesan berlubang. Semua tu hasil dari kerja memicit bintik putih tu. Kalau picit pakai besi tu pulak sakit dia tak payah cakap la. Confirm keluar semua air mata. Okay, sekarang nak insaf la dari kerja-kerja memicit bintik putih mahupun jerawat. So, aku google dan cari tips menghilangkan bintik putih dan aku jumpa ni. [klik]

Lepas tu aku tanya mama aku pulak. Dia pun guna cara macam tu jugak tapi dia ada tambah sikit la petua. So, jom kita mula.

Bahan-bahan yang diperlukan:
            1. Sebiji telur
            2. Kapas muka
            3. Air suam
            4. Hirisan limau nipis
Cara-caranya:
  1. Asingkan putih telur dengan kuning telur. Kita hanya akan guna bahagian putih telur sahaja. Bahagian kuning tu korang boleh la buat goreng. Jangan dibuang macam tu je, membazir.
  2. Celupkan kapas muka ke dalam bekas berisi putih telur tersebut.
  3. Lekapkan kapas muka yang bersalut putih telur ke bahagian muka yang terdapat bintik putih tersebut. *Make sure kapas tu betul-betul melekat dan rata pada muka.
  4. Tunggu sehingga kapas tersebut betul-betul kering
  5. Tanggalkan kapas muka tersebut setelah ia betul-betul kering.
  6. Observe kapas muka tersebut dan anda akan mendapati bintik putih dan bintik hitam pada muka anda  telah dicabut.
  7. Cuci muka anda dengan air suam.
  8. Kemudian gosokkan limau hirisan limau nipis ke muka anda. Ini bertujuan untuk mebuang hanyir telur tersebut dan menyegarkan kulit anda.
  9. Record your result in data sheet and make your report. *Eh, macam dalam lab practical jek. =.='
Okay, senang kan? Bahan-bahan pun sikit je. Free-free je boleh dapat kat rumah. So korang cuba lah cara ni. Rajin-rajinkan buat dalam dua kali seminggu. InsyaAllah nanti bintik putih dan bintik hitam kat muka korang tu akan hilang.

So, sampai sini je lah entri pertama aku pasal tips ni. InsyaAllah kita jumpa dalam entri seterusnya ya.


p/s:  Lepas ni nak buat entri pasal tips lain pulak. :)


Wednesday, July 11, 2012

Sungai Chiling; Dream Come True.


Assalamualaikum.

Hai semua, jumpa lagi dalam entri kali ni. Kali ni nak cerita pasal Sungai Chiling. :) Macam dalam entri lepas, aku ada cakap yang aku dalam planning nak hiking kat Sg Chiling kan? Alhamdulillah impian jadi kenyataan.





Sabtu haritu (7 Julai 2012), kami berlima (aku, Dila, Kimi, Fara & Qila) bergerak ke Sg Chiling selepas planning ni hampir-hampir dibatalkan last minit. Some people cakap yang Sg Chiling tu pernah ada kes kematian disebabkan jangkitan kencing tikus. So selepas aku google, tak pernah ada artikel yang cakap ada kes macam tu kat Sg Chiling. Lagipun tempat tu adalah Pusat Santuari Ikan Jabatan Perikanan Malaysia, mana mungkin ada kes macam tu. Kalau ada mesti ikan-ikan kat situ semua dah mati & tempat tu pun mesti dah ditutup.


Setelah mencapai kata sepakat, kami berlima buat keputusan untuk ke Sg Chiling jugak. Mana tak nya, masing-masing dah mind set nak ke sana. Kononnya, planning nak gerak dari Melang, Kuala Pilah pukul 5 pagi sebab kitaorang nak sampai awal. Last-last hampir pukul 6 jugak la baru bergerak. Kitaorang semua tak pernah sampai tempat tu. Aku sendiri pun tak pernah tau tempat tu sebelum aku tengok gambar trip seseorang ke Sg Chiling ni & terdengar kat radio. Dengan berbekalkan google maps dari iPad Dila & information yang kitaorang cari dari internet, kitaorang pun bergerak ke Sg Chiling.


Sg Chiling ni terletak kat Kuala Kubu Baru. Korang kena sampai pekan Kuala Kubu Baru dulu baru sampai ke Sg Chiling ni. Sebelum jumpa Sg Chiling ni, korang akan jumpa Empangan Sungai Selagor dulu. Tempat tu memang cantik sangat. SubhanaAllah. Kitaorang sampai Sg Chiling dalam pukul 10pagi jugak. Ambil masa yang agak lama dari Kuala Pilah. Kalau ikutkan google maps tu dia kata ambik masa hampir 3 jam. Tapi kitaorang ni banyak tempat berhentinya. So 4 jam lebih jugak baru sampai sana. Bila sampai tu kitaorang kena daftar masuk dulu kat pondok pengurusan untuk tujuan keselamatan.


                                   

*pemandangan di Empangan Sungai Selangor, Kuala Kubu Baru.


               

                  
*gambar disekitar pondok pengurusan Sg Chiling.


Kitaorang mulakan hiking lepas semuanya dah ready. Kitaorang yang tak pernah pergi ni mulakan hiking dengan berpandukam peta je. Lepas tu follow orang lain yang sama-sama hiking nak ke kawasan air terjun tu. Sangat seronok! Untuk sampai ke atas tu kitaorang kena redah sungai. sebanyak 5 kali. Kalau korang yang baca ni nak naik atas tu tak ada maknanya korang akan sampai atas tu dengan keadaan yang kering. Confirm basah sekurang-kurangnya pinggang ke bawah. :) Perkara paling penting, korang kena berhati-hati masa meredah sungai tu. Ada banyak batu licin & korang ada kemungkinan untuk jatuh ke dalam air. Kalau bergerak secara berkumpulan, kerjasama tu penting sangat.



        


Setelah hampir sejam kitaorag hiking akhirnya sampai juga ke kawasan air terjun Sg Chiling. SubhanaAllah, cantiknya pemandangan. Tapi kawasan air terjun tu agak kecik sikit la. Kebetulan masa trip kitaorang tu ada family day & trip kolej-kolej lain so memang agak crowded sikit la tempat tu. Tapi seriously korang akan terpukau degan pemandangan kat situ. Kitaorang pun melepaskan lelah dengan berendam dalam air yang sejuk tu & makan sikit makanan yang kitaorang bawa. Dalam pukul 2ptg macam tu kitaorang berlima pun mula beransur turun dari kawasan air terjun tu. Hati aku rasa berat nak tinggalkan tempat tu sebab aku masih belum puas berada di situ.


*kawasan air terjun Sg Chiling. SubhanaAllah, indahnya ciptaan Allah.

           

So, bila sampai semula kat bawah kitaorang rehat sekejap. Masa tu nak tukar baju & mandi tak dapat sebab ramai sangat orang yang beratur kat situ. So, kitaorang decide untuk madi & solat kat masjid kat pekan Kuala Kubu Baru. Selesa sikit berbanding mandi kat toilet Sg Chiling tu. So lepas keringkan baju, kitaorang bergerak ke pekan Kuala Kubu Baru untuk mandi & solat jamak takhir. Lepas tu kitaorang teruskan perjalanan & singgah Putrajaya untuk berjimba lagi. Lepas solat maghrib kat Masjid Putra kitaorang ke Festival Floria kat Precint 2 & makan kat area kajang. Pukul 2pagi jugak la sampai kat Kuala Pilah. Penat tapi seronok!

Lepas ni kalau boleh nak pergi lagi Sg Chiling ni. Kali ni nak ajak kawan-kawan lain yang tak dapat ikut. Seriou seronok! Alhamdulillah impian jadi kenyataa. Terima Kasih kat Dila, Kimi, Qila & Fara sebab tolong aku realisasikan impian aku. So, korang yang baca ni patut try jugak ke Sg Chiling. Satu pengalaman yang tak boleh dilupakan.


Rasanya sampai sini je la entri kali ni. Dah panjang dah aku tulis. Kalau cerita pasal semua benda memang tak habis lah sampai esok pagi. So, kita jumpa lagi ya kat entri seterusnya. Have a nice day korang! Assalamualaikum. :)


*Alhamdulillah, I've conquered Chiling Waterfall.



p/s: Cari tempat lain pulak untuk hiking.

Thursday, June 21, 2012

Hiking ♥





Assalamualaikum.


Hai semua. Aku ada entri baru lagi kali ni. Saje je menaip kat blog kesayangan sebab bosan tak tau buat apa disebabkan kelas belum start belajar lagi. So aku ambil keputusan untuk menaip kat blog kesayangan ni. ;)


Well, entri kali ni aku nak cerita pasal hiking atau dalam bahasa melayunya mendaki. Sebenarnya mendaki bukit & gunung merupakan salah satu aktiviti kegemaran aku. Setakat ni dari kecik ke besar bukit yang pernah aku daki bukannya banyak mana pun, setakat 2-3 bukit gunung je. Antaranya, Gunung Angsi, Bukit Broga & Gunung Sri Pilah. Aku ada jugak simpan cita-cita nak mendaki Gunung Datuk & Gunung Kinabalu. So, sekarang nak cerita pasal pengalaman aku mendaki gunung ni.


For starter nak cerita pasal Gunung Angsi. Gunung Angsi ni terletak kat Negeri Sembilan daerah Kuala Pilah. Sebelum korang sampai Kuala Pilah mesti korang akan sampai ke Ulu Bendul dahulu (jika melalui Seremban) dan di situlah terletaknya Gunung Angsi ni. Gunung Angsi ni adalah salah satu gunung terkecil di Malaysia yang mempunyai ketinggian 824 meter. Aku dah mendaki Gunung Angsi ni sejak dari sekolah rendah, sekolah menengah hingga ke sekarang (zaman universiti). Maklumlah aku ni belajar kat Negeri Sembilan je sejak tadika. So, kali terakhir aku mendaki Gunung Angsi ni pada semester kedua aku bagi diploma kat UiTM Kuala Pilah untuk lawatan luar (field trip) bagi subjek BIO 200. Kalau korang nak tau lebih lanjut tentang Gunung Angsi, sila klik link ni http://www.malaysia-traveller.com/gunung-angsi.html. So here's some picture of hiking at the Gunung Angsi.





*Harap maaf, gambar tak berkualiti. Camera murah je. :D


Next, Gunung Sri Pilah atau kadang-kala dikenali dengan nama Gunung Ulu Pilah. Gunung Sri Pilah ni terletak di jalan di antara Seri Menanti dan Senaling, juga terletak di Negeri Sembilan daerah Kuala Pilah. Gunung Sri Pilah ni aku pergi masa buat final projek untuk HBU 121. It's camping for Kesatria UiTM. Gunung Sri Pilah ni terletak kat Kem Rekreasi Sri Pilah. Kat situ ada jeram Sri Pilah sebelum korang naik ke gunung tu. Sampai kat checkpoint pertama ada air terjun & sangat best air terjun dia. Kat kawan rekreasi tu tanah dia sangat lapang then siap ada bilik mandi & surau utk kegunaan pengunjung. Tanah lapang tu untuk dijadikan tapak perkhemahan. Masa kitaorang pergi tu memang seronok la. Tempat tu boleh tampung sampai hampir 200 orang. Tapi sayangnya line maxis tak ada langsung kat situ. Untuk keterangan lanjut boleh bukak link ini http://kemsripilah.blogspot.com. Well then, lets take a look at the pictures. ;)




























Lastly, Bukit Broga. Mesti ramai yang dah tau pasal Bukit Broga sebab bukit ni antara bukit yang orang nak pergi kalau nak hiking. Bukit Broga ni terletak di Semenyih. 50km je dari Kuala Lumpur sebab tu la ramai yang lebih senang nak hiking kat bukit ni. Aku mula tanam minat nak daki Bukit Broga ni sejak kelab pelancongan UiTM Negeri Sembilan buat trip ke sana. Aku nak sangat join time tu tapi tak dapat sebab ada perkara yang tak dapat dielakkan. Tapi akhirnya aku berjaya ke Bukit Broga ni masa cuti semester lepas. Kawan-kawan sayang aku yang bawak ke sana. Untung off day kerja masa tu! So, here's some picture of us climbing the Broga Hill.







   




Well then. Dah habis cerita pasal pengalaman aku mendaki. Sekarang aku dalam plan nak ke Sungai Chiling. Degar cerita tempat tu best sebab lepas hiking boleh mandi air terjun bila dah sampai atas. Mesti seronok! Aku jugak ada simpan angan-angan nak panjat Gunung Kinabalu, InsyaAllah one day. So, entri kali ni sampai sini je dulu. Next time aku celoteh lagi kat blog ni. Assalamualaikum semua! ;)



p/s: seronok mendaki ni.



Thursday, June 14, 2012

Semester Lima

Assalamualaikum.

Hai semua. Kali ni aku nak cerita sikit pasal kehidupan selama seminggu sebagai pelajar UiTM Semester 5. Fuyooohhh! Macam banyak je nak cerita.

Mostly ramai yang tau yang pelajar diploma dah start balik ke kampus masing-masing untuk sambung pengajian masing-masing & aku pun turut serta. *skema gila ayat. So, pada Ahad (10 Jun 2012), aku telah pun kembali ke kolej kediaman UiTM Negeri Sembilan di Kampung Parit Beting, Kota Paris Kuala Pilah. Lupa pulak nak bagitau, aku telah berjaya memboloskan diri masuk ke kolej semula. Wehuuu! Well, terima kasih kepada mama yang telah memberi nama aku kepada salah seorang kawan dia yang bekerja di Unit Pengurusan Kolej UiTM NS. Dan dengan berbesar hati aku kembali ke kolej kediaman & mendaftar di Kolej Sri Menanti 1 bersama-sama kawan baik sejak 15 tahun lepas, Farhana Adila Hasbollah. Well, bertuah dapat satu bilk dengan BFF sendiri. InsyaAllah tak ada masalah. Heeee :D

Masa dalam perjalan ke Kuala Pilah, macam-macam feeling aku rasa. Semua tu jadi sebab tak nak balik Pilah, malas nak sambung belajar. Kejap rasa pening, kejap rasa nak muntah, kejap rasa excited. Gila! Bercampur-baur perasaan aku masa tu. Tapi bila dah jejak je kaki kat Dataran Anjung tu, semua perasaan aku hilang. Tiba-tiba feeling like a boss sebab dah masuk semester 5. Life as a senior. Muahaha...

Well, first day kuliah sampai ke hari ke-tiga aku tak jejak pun kaki ke bangunan fakulti. Malas nak pergi kelas sebab tau confirm-confirm lecturer tak masuk. Then hari ni, 14 Jun 2012 bersamaan hari Khamis, for the first time aku masuk kelas untuk semester 5 ni. Oh! Lupa nak bagitau. Macam post yang lepas aku pernah cerita pasal kemusykilan aku untuk pilih laluan apa untuk semester 5 ni. Dan setelah berfikir & merenung sejenak, aku buat keputusan untuk pilih laluan akademik iaitu Major in Physics. Nanti bila dah grad mesti dalam sijil aku ada tulis 'Diploma in Science, Major in Physics'. Cehhh! Poyo sekejap.

So, kali ni aku berjauhan dengan kawan-kawan sekelas aku dulu; Teha, Opie, Along & Nisa.They all masuk kelas lain & aku pulak sayang nak lepaskan kelas yang aku dah daftar sekarang ni sebab jadual kelas ni memang sangat best! Serious sayang nak lepaskan. :(

Rasanya sampai sini je aku berceloteh kat sini. Next time aku update lagi, InsyaAllah. Jumpa lagi kawan-kawan! Assalamualaikum.


p/s: semester lima, tahun terakhir diploma.


Saturday, February 04, 2012

Laluan Kerjaya vs Laluan Akademik


Assalamualaikum.

Hey semua!

Kita jumpa lagi dalam entri kali ni. Hari ni rajin nak update blog sebab diri ni dah terlebih rajin edit blog page ni. Dah 2 hari dok membodek sana sini nak edit blog ni termasuk buat header & tukar background. Dan kalau korang semua perasan blog page ni dah jadi lebih simple sikit sebab aku dah buat horizontal tab menu kat bawah header.

Okay cukup! Entri kali ni bukan nak cerita pasal blog ni tapi nak cerita pasal major untuk diploma yang aku tengah buat ni. Macam yang korang tau aku skrg ni tgh buat Diploma Sains kat UiTM Kuala Pilah. So, skrg ni dah masuk semester 4. Lagi 5 minggu je sebelum final exam. Bulan 6 nanti dah masuk semester 5 pulak.

Untuk semester 5 nanti, semua pelajar Diploma Sains dikehendaki memilih sama ada laluan Akademik atau Laluan Kerjaya. Tapi bukan suka hati nak pilih masuk mana. Ada jugak syaratnya.

  1. Bagi pelajar yang mendapat CGPA <2.5, secara automatik akan diserap ke laluan kerjaya
  2. Bagi pelajar yang mendapat CGPA >2.5, mereka boleh melilih sama ada mahu ke laluan kerjaya atau laluan akademik.

Bagi pelajar yang memilih untuk ke laluan Kerjaya, mereka dikehendaki memilih antara laluan kerjaya yang disediakan oleh pihak UiTM. Dan bagi UiTM Negeri Sembilan, terdapat 4 laluan kerjaya yang disediakan:

  • Pakej Elektif 1 (Am)

Semester

Kod Kursus

Nama Kursus

Jam Kredit

5

CSC 307

Introduction to Web Programming

3

5

PHY 351

Materials Science

3

6

CHM 323

Chemistry Laboratory Safety

3

  • Pakej Elektif 2 (Perladangan) [Fakulti Sains Gunaan]

Semester

Kod Kursus

Nama Kursus

Jam Kredit

5

AGR 112

Basic Landscape Plants

3

5

AGR 262

Major Crops Production

3

6

AGR 302

Secondary Crops Production

3

  • Pakej Elektif 5 (Teknologi Makanan) [Fakulti Sains Gunaan]

Semester

Kod Kursus

Nama Kursus

Jam Kredit

5

FST 200

Food Hygiene and Legislation

3

5

FST 202

Food Quality Control

3

6

FST 254

Food Preservation

3

  • Pakej Elektif 8 (Pengurusan Perniagaan) [Fakulti Pengurusan Perniagaan]

Semester

Kod Kursus

Nama Kursus

Jam Kredit

5

MGT 126

Industrial Management

3

5

MKT 243

Fundamentals of Marketing

3

6

MGT 340

Human Resource Management

3

  • Pakej Elektif 9 (Sains Komputer) [Fakulti Sains Komputer]

Semester

Kod Kursus

Nama Kursus

Jam Kredit

5

CSC 253

Introduction to Interactive Multimedia

3

5

CSC 307

Introduction to Web Programming

3

6

CSC 317

Web Application Development

3


Bagi pelajar yang memilih ke laluan akademik pula, mereka dikehendaki memilih sama ada:

  1. Laluan Akademik 1 (Major in Biology)
  2. Laluan Akademik 2 (Major in Physics)
Bagi Laluan akademik 1 (Major in Biology), kod kursus yang ditawarkan adalah:
  • BIO 300
  • BIO 310
  • CHM 301
  • PHY 310
Bagi Laluan Akademik 2 (Major in Physics) pula, kod kursus yang ditawarkan adalah:
  • PHY 310
  • PHY 351
  • BIO 300
  • CHM 301
Sekarang ni aku tak tahu nak pilih yang mana satu. Kalau rezeki aku dapat poiter >2.5, aku mungkin akan pilih Laluan Akademik 2. Sebab aku rasa aku boleh bawak Physics lebih daripada Biology. Tapi kalau bukan rezeki aku, aku mungkin akan pilih Laluan Kerjaya pakej Am.

Walau apa pun, sekarang ni aku perlu struggle untuk final exam semester ni. Dengan niat nak tingkatkan pointer dari semester lepas.

So, aku rasa sampai sini je aku menulis untuk kali ni. Harap berjumpa lagi dalam entri seterusnya.



p/s: Struggle habis untuk tingkatkan pointer


Copyright by Fakhriah Anuar ♥