Life as we know it

Welcome to Fakh's Own!

Blog ini bukan milik AWAK, DIA atau MEREKA. Blog ini milik SAYA.

Kalau minat, follow blog ini. Kalau suka entri saya, tinggalkan comment anda. Tinggalkan link anda supaya saya boleh jejak dan follow anda. ;)

TAPI kalau tak suka, jangan baca blog ini. Kalau benci tekan icon pangkah kat window korang tu. Buat apa bukak blog ini kalau tak suka?

So, to readers thanks for viewing my blog. I LOVE YOU GUYS!

-fakhriah anuar-



Followers!

Friday, February 18, 2011

Ouh, yeah! REVOFIESTA bebeh! (Part 1)


Hai korang!! (menjerit sambil melambai tangan dengan excitednye)

Actually aku excited yang teramat sangat sekarang ni. Rase nak lompat-lompat je atas katil ni. Tapi kang patah lak katil ni. X pasal-pasal kena report kt UPK nanti. Bahahah

Mesti korang tanye kan apesal la aku excited sangat ni kan. Bace ni:

Kawan : ko pehal tersengih-sengih dari tadi?

Aku: heheheh (gelak sambil tunjuk gigi yang kuning putih ni)

Kawan: Hoi gile! Apehal kau?

Aku: aku dah dapat idea nak tulis ape kat blog aku pasal Revofiesta. (senyum-senyum)

Kawan: bengong! (ketuk kepala aku)




Haaa.. aku dah dapat idea! Dari first time iklan ni keluar aku dok cari idea nk tulis ape. Dan akhirnya aku dah dapat idea. Maka terhasillah entri kali ni.

So, entri kali ni aku akan cerita pasal SEMARAK REVOFIESTA yang berlangsung kat kampus kesayangan aku ni, UiTM Kota Paris Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Apa itu REVOFIESTA?

REVOFIESTA adalah satu program berskala besar. *jap..jap..semua org dok pakai ayat tu je. Aku nak pakai ayat lain la. bahahah

REVOFIESTA ni adalah satu program yang BESAR PUNYA anjuran Majlis Perwakilan Pelajar, Jawatankuasa Perwakilan Kolej, Komander Kesatria, Persatuan-Persatuan Akademik & Persatuan-Persatuan Dalaman bagi UiTM Kuala Pilah, Negeri Sembilan SAHAJA. Kampus-kampus lain x terlibat ye. Maaf kawan-kawan ku yang ada kat Segamat, Lendu, Pulau Pinang & kat mana saja. Jangan jelous. Kampus korang ade ke buat macam ni? X de kan. Bahahaha (gelak jahat)

REVOFIESTA ni kira macam pesta aktiviti bagi student-student kampus ni. Dalam satu minggu ni (20 – 27 Feb 2011) korang semua boleh join macam-macam aktiviti yang ada. Korang pulun la kutip kupon aktiviti. Amik sekali untuk aku! Antara aktiviti yang disediakan adalah:

Unvelling the secrets behind conspiracy theory: Dajjal Revealed

Aktiviti ni berlangsung kat Anjung Seri Perpatih

Pada 20 februari 2011, Jam 9.00 malam

Program ni akan membongkar rahsia Dajjal


Malam Ekspresi Siswa


Aktiviti ni anjuran Kelab Sahabat yang menampilkan barisan band-band & artis kampus UiTM Kuala PIlah.

Pertandingan berlangsung pada 26 Februari 2011, Jam 8.30 malam

Pemenang bagi program ni akan membuat persembahan pada majlis penutup REVOFIESTA



Fashion Show Revofiesta


Program ni paling menarik perhatian aku.

Tengok fashion show adalah aktiviti wajib bagi fashion disaster mcam aku ni. Bahahah

Tengok gambar model-model kat bawah ni buat aku lagi excited nak tengok fashion show ni.


Program ni akan berlangsung pada 25 Februari 2011 kat BS1-BS3, jam 8.30 malam

Tiket mula dijual pada hari Khamis dengan harga RM1.00 sahaja.

Siap ada VIP pass lagi.


Pilah Hour

Program ni sebijik macam Earth Hour. Cuma program ni berlangsung kat UiTM Kuala Pilah sahaja. Korang kena tutup lampu selama 120 minit (2 jam) untuk menunjukkan support korang untuk selamatkan bumi kita ni.

Program ni berlangsung pada 22 Februari 2011 pada jam 8.00pm – 10.00pm

*padan muka sape yang ade test/quiz esok harinya. Study la korang dalam gelap.

Kalau kena kat aku mampos! Memang aku x studylah gamaknye.


Karnival Jualan ‘Beting Street”

Bunyi dah macam Petaling Street kat KL tu pulak kan.

Karnival ni akan berlangsung pada 21 – 25 Februari 2011 kat perkarangan fakulti. Depan Lecture Theater lah!

Macam-macam gerai yang akan dibuka. X payah la korang susah-susah nk gerak gi Seremban ke, Bahau ke, KL ke untuk shopping. Kat kampus je dah cukup untuk korang gunakan duit PTPTN korang yang melambak tu. teheee~


Ada macam-macam lagi aktiviti yang dianjurkan sempena REVOFIESTA ni. Korang tunggu je la. alert dgn notis-notis yang ditampal kat depan kolej korang & rajin-rajin la bukak page facebook Majlis Perwakilan Pelajar & REVOFIESTA

Untuk maklumat lanjut silalah LIKE page Semarak REVOFIESTA kat Facebook.


p/s: 5 hari aku simpan post ni kat draft.

No comments:

Copyright by Fakhriah Anuar ♥